Sabtu, 30 Julai 2011

::: Berhenti Buat Sementara Waktu :::

Assalamualaikum & salam hormat...

akhirnya dapat jugak aku update blog bersawang nie..hahhahaha...aku sekarang memang tak dapat nak berblogging macam dulu lagi...terlalu banyak komitmen yang aku kena setelkan...macam-macam masalah kena selesaikan...baru sekarang aku rasa macam mana orang sibuk nak habiskan sehari dalam hidup dorang...

so sempena nak menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-mubarak nie...aku dengan rase rendah diri nak mengingatkan semua serta diri aku sendiri untuk sama-sama kita mendekatkan diri kepada ALLAH..dengan mudah-mudahan kita mendapat hidayah dari-Nya...

semoga dengan keberkatan bulan yang mulia nie, sama-sama lah kita berpuasa dan membuat amal-amal ibadah yang lain...dan bukan untuk bulan ramadhan je yer..hihihi

sebelum tu aku juga nak ucapkan salam takziah kepada keluarga rakan ak iaitu Arwah Khairul Nizam yang menghebuskan nafas terakhirnya pada 28.7.11 yang lalu...tak sempat aku nak jumpa dengan arwah...Al-Fatihah...

p/s: sape nak tolong aku masak untuk berbuka yer..ahhahaa...

Ahad, 17 Julai 2011

::: Review Blog The Extraordinary Fatin :::

Assalamualaikum & salam hormat...

so dh lama bersawang dan terus bersawang blog aku nie..hihihi...so dah lama rasanya aku tak review rakan2 blogger yang nak mulakan dunia baru dalam berblog nie...

so kali ini jatuh kepada JUNIOR kolej aku iaitu faten zawawi...so dia nie baru nak mulakan berblogging...jadi korang boleh lah follow dia yer...hihihi..


tak banyak yang aku nak cerita pasal budak kecik nie, cuma aku agak seronok bila dia berseronok cerita pasal aku kat blog dia (apa ayat aku nie??)...sebenarnya dia ada cerita pasal aku kat blog dia..so nie kira balas entri balik lah..hihihi..


btw, junior aku nie merupakan antara yang frenly jugak kat kolej...tapi apakan daya sudah berpunya..ahhahah..so hope lepas nie dia teruskan berblogging tanpa henti...

p/s: team2 EPL seronok belasah pasukan MALAYSIA kita..siap korg...grrrrrr

Selasa, 5 Julai 2011

::: Manchester United Trophy Tour at KL :::

Assalamualaikum & salam hormat...

so macam yang aku janjikan hari tu, aku akan share pasal projek aku untuk hari minggu yang lalu..so nie lah projek yang aku n geng2 moderator kelab aku dapat anjurkan hasil kerjasama dengan pihak TM dan juga Manchester United...

Program nie dinamakan Asia Trophy Tour yang berlangsung di dua venue pada 3hb julai yang lalu iaitu di KLCC Tower dan KL tower...walaupun kedatangan pemain hanya pada hari ahad nie, tapi cukup lah dapat tengok dan pegang piala EPL nie..berat beb..hihihi...

aku rasa semua peminat EPL berebut2 nak tengok dan pegang piala nie...so korang tengok lah yer beberapa gambar2 yang sempat diambil beserta satu video khas.hihihi


tag untuk organizer.hihi
nie betul2 yer..bukan main2..hihihi
we are now 19th..hihihi
sebahagian daripada moderator yang menguruskan kelab dan semua program2...
nie saje suka2...hahaha...two tone yg berbeza..ahakz
ad pulak terselit transformer tu..
nie pun x tau datang dari mane.ahhah
KLCC View
KL tower View
screen shot dari tv3...tgok kiri skali tu.ahhaha
so nie video dia...

p/s: x kesah ler korang team mane pun..tapi peluang pegang trofi nie bukan selalu dapat..hihih..ad jugak fans lain dtg semalam...

Sabtu, 2 Julai 2011

::: Trick Isi Minyak Petrol Murah :::

Assalamualaikum & salam hormat semua..so dengan murah hatinya aku nak share ngan korg trick nie...meh lah kita cuba yer...nie pun member aku yg share..

Trick Isi Minyak Petrol Murah

Nie petua yang baru aku dapat dari petugas stesen minyak Petronas….

Kawan aku dia keje part time kat situ, dia cakap pun ada orang yang ajo dia teknik nie... so aku rasa baik aku kongsi pada korang semua... benda baik nie kena kongsi reramai baru terasa nikmatnya.. yoyo oo jekan haha!

Dia bagi tips camner nak turunkan harga RM1.80 kat pam minyak jadi RM1.00 or suka hati korang la nak letak berapa sen… tapi agak-gak la kan jagan mark-up sangat.. kesian tokey stesyen minyak tue.. (haha... ingat boleh dapat baju free la tue nak kesian-kesian)

Aku dah buat... sekarang giliran korang pulak

1. korang kena pergi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapa pun… dengan mengatakan isi penuh jer korang boleh setting balik harga kat pam korang pilih tu… tak kira la pam 1 ke, pam 2 ker jangan pam angin atau NGV sudah la…

2. korang pergi balik kat pam korang tu, dan jangan angkat nozel lagi.

3. kat pam tu kan ada dua punat-punat (macam lucah jer bunyinya) untuk nombor (bukan untuk credit card tau) yang bawah pada screen liter tu… kira mcm nak isi manual nyer harga la

4. korang tekan ‘clear’ – untuk resetkan harga yang kaunter minyak tu set tadi

5. then korang tekan enter – 3x ( jangan luper baca bismillah)

6. then korang tekan ’0′ , ’0′, ’1′, ’0′, ’0′ (1.00 sen seliter) atau korang tekan la berapa pun korang suka

7. pastu korang tekan enter – 3x sekali lagi

8. tekan butang clear – 2x , jangan tekan lebih nanti tak jadi

9. then korang tekan berapa puluh korang nak isi

10. tekan enter lepas dah masukkan nilai isian pastu… supervisor petrol pam akan jumpa korang

“woi apa ko buat ni… main tekan-tekan ni… takde keje lain ker…!!!!”
so korang dengan muka selamba isi jer minyak dengan harga baru kerajaan RM 1.90 seliter…

hahahahaha...

p/s: esok aku nak g kl..nnt aku update apa yg aku buat kat sane.hihi