Assalamualaikum & salam hormat..
terasa bosan pulak bila duduk depan lappy lama2 nie..hihii...so kali nie aku just nak share berita hari nie yang agak menarik pada aku...hihihi
----------------------------------------------------------------------------
Beliau berkata, angka itu membabitkan 545 lelaki dan 186 wanita, manakala Daftar Statistik Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia pula menunjukkan 321 kes membabitkan pasangan berkahwin, 29 bercerai, 34 balu dan 298 kes golongan bujang.Bunuh diri boleh berlaku akibat beberapa penyebab yang berkait seperti faktor biologi, genetik, psikologi, sosioekonomi, budaya dan persekitaran dengan faktor kemiskinan, tiada pekerjaan, kegagalan akademik, hutang dan putus hubungan romantik juga menyumbang kepada kejadian itu."Gangguan bunuh diri atau psikiatri seperti kemurungan, skizofrenia, penyalahgunaan substans dan alkohol dan gangguan personaliti juga boleh mendorong kepada pelakuan bunuh diri," katanya menjawab soalan tambahan Senator Usha Nandhini di Dewan Negara, di sini hari ini.
Bagi mengatasi masalah itu, Rosnah berkata, kementeriannya melaksanakan beberapa langkah pencegahan dan perawatan awal seperti kempen Promosi Kesihatan Mental dan Advokasi, menerbitkan risalah tentang kesihatan mental dan mewujudkan laman web bagi memberi maklumat kepada orang ramai mengenai gejala terbabit.
Selain itu, beliau berkata, kementerian juga membangunkan Pelan Strategik Kebangsaan Pencegahan Bunuh Diri.
"Kementerian juga menyediakan Garis Panduan Pelaporan Media tentang bunuh diri sejak 2005, yang kejadian bunuh diri tidak seharusnya dilaporkan di bahagian muka hadapan surat khabar," katanya.
Mengenai rawatan susulan selepas pesakit mental disahkan stabil, Rosnah berkata, perkhidmatan itu ditawarkan di 671 klinik kesihatan seluruh negara dengan 26 klinik menawarkan perkhidmatan pemulihan psikososial bagi meningkatkan kefungsian psikososial pesakit mental.
Katanya, ia bagi membolehkan pesakit-pesakit yang telah tamat rawatan di hospital terus menerima rawatan di peringkat komuniti sebagai pesakit luar di klinik-klinik kesihatan berdekatan kediaman mereka.
"Kementerian juga menyediakan perkhidmatan psikiatri di empat buah institusi mental dan 42 hospital kerajaan yang disertakan bersama 124 pakar dalam bidang itu," katanya. - BERNAMA
--------------------------------------------------------------------------------------------
so pada aku benda nie walaupun salah sangat2 dari segi hukum agama, tapi masih lagi menjadi masalah utama negara kita...ap masalah pun bukan x ada penyelesaian...sekarang pun masalah mental dah ramai yang kena...so jaga lah diri baik2..jangan terlalu memberi tekanan dalam diri tu..bawa2 lah berdoa...^_^
Kredit to: berita harian
p/s: Nak upload video aku nyanyi pasni..hahaha
12 ulasan:
seb ebk aku dah bace berita ni..weh cepat aplod vid ko
:::jiji yu:::
i malu lah.hahahhaha
kalo makin kurang iman gini lah jadinye kan..
err video terbaru plak ke?hihi
:::miss yatu:::
hihih..nantikan..haaha
DEPA X TAW KE BUNUH DIRI TU BERDOSA
:::shahjiehan:::
tu r kn..mindset ntah ap2..
ramai gak jantan bnuh diri...tu tandanya peluang nak dapat endut makin bertambah tu...ngahahaha...
buat kije solo lagik...cetttt....jam bukan nak roger2...
Gorengbaek - retailing: pompuan pun ada pantang...bukan jantan jek....
Hangit Habis dah - Malware attack kat GB?wtf?
Kerat Senget - Ta Perlu Tanya Kao
:::along tapa:::
ala.suka2 je ni.hahhaa
Masyarakat hidup di dalam keadaan tertekan sekarang...
Top 10 negara sihat
:::miecyber:::
sape yg harus dipersalahkan??hahaha
susah betul..ada masalh ckit sbuk nak bunuh dri..ermmmm
*upload la cpt..heheeee
:::woofer storm:::
sabor2..ahhaha
Catat Ulasan