Jumaat, 29 April 2011

::: Simbol pada botol :::

Assalamualaikum & salam hormat..

entri kali nie aku nak share pasal BOTOL..bukan ANU DALAM B..... k..hahaha...orait, korang mesti tau botol tu macam mana kan..so rasanya x perlu nak bagi tau kan?hihihi...aku cuma nak share simbol yang ada pada botol (biasanya pada bawah botol)...mesti korang pernah perasan kan simbol2 nie...Tapi korang semua tau ke ap maksud simbol tu???...so mari kita luangkan masa sebentar untuk mengetahui apakah maksud disebaliknya..^_^

[Image: Mineral+bottle.jpg]

maksud simbol2 nie adalah jenis botol tersebut..

Biasanya ada tulis kat :

1. Bawah botol plastik
2. Bentuk segitiga
3. Dalam segitiga ada nombor
4. Nama jenis plastik terletak di bawah simbol

JENIS PERTAMA

[Image: Plastic+1.jpg]

PETE atau PET (Polyethylene Terephthalate) . Biasa digunakan untuk botol plastik, berwarna jernih/lut sinar seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman.
Hanya boleh digunakan sekali sahaja. Jika terdapat air panas di dalamnya, ianya akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut meleleh dan mengeluarkan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser.

JENIS KEDUA

[Image: Plastic+3.jpg]

HDPE (High Density Polyethylene) . Biasa dipakai untuk botol susu yang berwarna putih susu, tupperware, serta bekas air minuman. HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat untuk digunakan kerana kemampuannya mencegah reaksi kimia antara plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman. Ia juga hanya elok di pakai sekali sahaja.

JENIS KETIGA

[Image: Plastic+4.jpg]

PVC bermaksud ( Polyvinyl Chloride) . Plastik ini biasanya terdapat pada plastik pembungkus (cling wrap). Elakkan dari menggunakan bahan yang memiliki simbol ini. Reaksi yang terjadi antara PVC dengan makanan berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan. Sebaiknya kita guna pembungkus jenis polietilena atau bahan alam seperti daun pisang.

JENIS KEEMPAT

[Image: Plastic+5.jpg]

LDPE (Low Density Polyethylene) ialah plastik coklat (thermoplastic/diperbuat dari minyak bumi), biasa di gunakan sebagai tempat makanan, bekas plastik, dan botol-botol yang lembik. Barang berbahan LDPE ini sukar dihancurkan tetapi baik untuk tempat makanan.

JENIS KELIMA

[Image: Plastic+6.jpg]

PP (Polypropylene) adalah botol lutsinar biasa yang tidak jernih. Polipropilen lebih kuat dan ringan dengan daya tembus wap yang rendah,ketahanan yang baik terhadap lemak, stabil terhadap suhu tinggi . Jenis ini adalah pilihan bahan plastik terbaik, terutama untuk tempat makanan dan minuman serta yang terpenting botol minum untuk bayi.

JENIS KEENAM

[Image: Plastic+7.jpg]

PS (Polystyrene) biasa digunakan sebagai tempat makan styrofoam, tempat minum sekali pakai dan lain-lain. PS merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene ke dalam makanan ketika bersentuhan dengan bahan tersebut. Selain tempat makanan, styrene juga terdapat dari asap rokok, asap kenderaan dan bahan konstruksi gedung. Bahan ini harus dihindari, kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak ia juga mengganggu hormon estrogen pada wanita yang mengakibatkan masalah reproduksi, pertumbuhan dan sistem saraf. Ketika dibakar, bahan ini akan mengeluarkan api berwarna kuning jingga dan meninggalkan jelaga.

JENIS KETUJUH

[Image: Plastic+8.jpg]

Angka 7 di tengahnya, serta tulisan OTHER. Untuk jenis plastik 7 Other ini ada 4 jenis iaitu:
1. SAN - styrene acrylonitrile
2. ABS - acrylonitrile butadience styrene
3. PC - polycarbonate
4. Nylon

PANDUAN KEPADA PENGGUNA!!!

1. Simbol berangka 1, 3, 6 dan 7 (PC), seluruhnya memiliki bahaya secara kimia. Gunakan hanya sekali pakai.

2. Selamat jika menggunakan plastik bersimbol 2, 4, 5 dan 7 ( SAN atau ABS)

3. Hindari penggunaan botol lastik untuk menyimpan air minuman. Jika penggunaan botol plastik berbahan PET (simbol 1) dan HDPE (simbol 2) , tidak dapat dielakkan, dan gunakanlah untuk sekali pakai. Gantilah dengan botol stainless steel atau gelas/kaca.

4. Cegahlah memanaskan makanan yang disimpan dalam plastik khususnya pada oven. Bungkuslah terlebih dahulu makanan dengan daun pisang atau kertas sebelum dibungkus dengan plstik pembungkus ketika dipanaskan dalam mikrowave.

p/s: duduk makan pun nak bergosip..aishhhh..x phm dengan perempuan..ahhaha

38 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

waw2,,, ta pernah na meneliti un,, ahahha info2

iwan_dextrous berkata...

:::dhilla nazli:::

tu lah kan.hihihi

CeritaSekupang berkata...

nice info...thanks for sharing..

iwan_dextrous berkata...

:::cerita sekupang:::

orait..no hal...

Along Tapa berkata...

tapi kan...aku selalu tengok kat bawah botol2 air skang ni mesti ada tanda cenggini...


280530

pastu kat label botol ada tulis "sila mesej nombor yang berada dibawah penutup untuk memenangi hadiah misteri"

wth~~~

Gorengbaek - Sebab filem melayu susah nak hit kat wayang....

Hangit Habis dah - Aku faham perasaan ko.....Anwar....

Kerat Senget - My Own Path

iwan_dextrous berkata...

:::along tapa:::

hahahaa..tu peraduan dowh..ak sekeyh kang

xcyber berkata...

thx 4 information
x tahu plak simbol2 ni ada mcm2 jenis

hans berkata...

owh
baru tahu
selalu tgok jer tapi tak tahu benda apa
thanks 4 sharing

najihah sahami berkata...

oh..ade maksud eh simbol ni semua. ingtkan suka suki je. :P

iwan_dextrous berkata...

:::x cybeR:::

tu r..mmg ramai yg x amek tau.hihih

iwan_dextrous berkata...

:::hans:::

igtkan ap tu?huihihi

iwan_dextrous berkata...

:::najihah sahami:::

mesti ler.hihihh

hans berkata...

hohohho
xder papa

Miss Yaty berkata...

nice sharing bro..dah lama nak cri maksud simbol2 ni..huhu~

anumuchan berkata...

Salam.moshi moshi.visit here^^ nice info.nice blog.
Feel free to read my new entry @ frommetoyou~
(^____^)

iwan_dextrous berkata...

:::hans:::

hahahaha...ok2..

iwan_dextrous berkata...

:::miss yaty:::

welcome2.hihii

iwan_dextrous berkata...

::: アヌム ちゃん~~:::

tq2..hihihi

Tanpa Nama berkata...

wahhh tengkiu share..
lepas nie larang mak gune botol tuh untuk isi air sejuk dalam peti ais dah
huuu
:)

iwan_dextrous berkata...

:::chemay:::

hihii..betul2...

Afzainizam berkata...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
abu nak Tanya kenapa cermin sebelh kiri

uihhhh baru ni aku tau pernah tengok tapi tak pernah ambil tahu ... sekarang dah tau .... thanks yerrr

iwan_dextrous berkata...

:::afzainizam:::

hihih..aku pun x tau gak sebelum nie..same je..ahakz

kindergartenlibrary berkata...

aik ?
baru tau ~

iwan_dextrous berkata...

:::nelly::

hihihi.yolah tu

Hanys Najib berkata...

lepaih ni nak kena print out lah entri ni, heh heh~
;D

iwan_dextrous berkata...

:::hanys:::

hihihi...edit dulu bru print..ayat x sedap..ahhaha

Afzainizam berkata...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
air balang kenduri kahwin

beb nak tanya kalau aku nak membotolkan air minuman sejuk nak guna yang mana yerrr...

iwan_dextrous berkata...

:::afzainizam:::

actually guna yg botol biasa tu pun boley..tpi dh pki byk kali elok buang...yg elok biasanya yg mcm air BLISS or air minuman yogurt punya botol uw...

Afzainizam berkata...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
air balang kenduri kahwin

thanks yerrr mmg ada hati aku nak wat dadih takut masa panas melamin plastik tu memudaratkan pengguna... botol tu nak isi air balang nak jual masa expo nanti...

iwan_dextrous berkata...

:::afzainizam:::

oyeke...expo kt mane?

Afzainizam berkata...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
diy cat spray dashboard kereta

lama lagi lahh cuma rancangan ajerrr... tengah nak buat label ajer... Insya Allah kalau dapat tapak nak buat kat Ekspo pesta nenas, Pontian... cuma tengah nak tengok marketing camner...

hans berkata...

bila nak update entry baru nih?
hehehee

Ain Zulaikha berkata...

whhh biar betul boleh kena kanser bagai.. lepas ni kalau nak beli minuman tak leh tengok ingredient je kena tgk jenis botol sekali..

Tanpa Nama berkata...

tau yg pp tu je sebelom nih. haha tu pon tnye kat org yg ambik kos mekanikal plastik. =p

bagus la info nih...

iwan_dextrous berkata...

:::afzainizam:::

ok lah jugak tu..hihihi

iwan_dextrous berkata...

:::hans:::

dh update dh.hihihi

iwan_dextrous berkata...

:::ain zulaikha:::

kesan jangka masa panjang je nie..

iwan_dextrous berkata...

::: i am silah:::

hihihi..same2 r kita kongsikan..