Isnin, 1 Mac 2010

Gol Owen, Rooney lebur impian Aston Villa raih gelaran utama sejak 1996

LONDON: Bintang England, Wayne Rooney membantu Manchester United gah menjulang mahkota kejuaraan Piala Liga selepas tandukan tajamnya pada lewat babak kedua mengesahkan kemenangan 2-1 ke atas Aston Villa dalam perlawanan akhir, awal pagi tadi.

Bagi Villa ia satu lagi detik hampa apabila hadir mahu memburu gelaran utama sejak 1996 - kebetulan apabila mereka menjuarai kejohanan ini 14 tahun lalu. Apapun, Villa membuat kejutan apabila mendahului seawal minit ke-5 menerusi sepakan penalti disempurnakan James Milner.

Tersentak, United bangkit mengemaskan permainan dan selang enam minit kemudian usaha gigih sepasukan membutirkan hasil apabila Michael Owen tampil menyamakan kedudukan.

Selepas rehat, permainan kembali seimbang dan Villa turut mengancam mencari gol pendahuluan, cuma penyudahan kedua-dua pihak menggagalkan usaha mencari gol tambahan.

Namun, Rooney membuat United kembali ceria apabila penyerang England itu menanduk masuk gol minit ke-74 buat meneruskan kepakarannya menggunakan kepala mendapatkan gol untuk pasukan. - credit to bharian.com.my


1 ulasan:

Raito Nagata berkata...

GLORY2 MAN UTD!!!!!!!!!!!