Rabu, 30 Mac 2011

::: Lama Menyepi :::

Asalamualaikum & salam hormat..

hihihi..apa khaba blogger2 sekalian...rasanya agak lama aku tak update blog nie...banyak sangat kerja yang kena buat smpai terlupa nak update..hihi..idea pulak x dtg bergolek-golek lagi dah..mungkin dah sampai masa untuk retired kot.hahaa..

so minggu lepas aku pergi hantar bapak aku utk cek dengan doktor...so 2 hari lepas tu bapak aku kena masuk wad kt Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru atas beberapa sebab...doakan bapak aku supaya sembuh cepat yer..amin...

orait2..lupakan pasal tu..nanti aku x leh fokus lak..hihihi..aku juz nak share beberapa yang aku buat dalam 3-4 hari yang lepas...boleh katakan macam2 jugak lah..aktiviti student biasalah kan..tapi kali nie agak menarik sebab aku ada buat benda baru.hahaha...

nie projek yang baru lepas setel..siapkan 130++ helai baju dalam masa beberapa jam...sampai overnight tau malah sampai habis subuh lagi...hahaha

nak cepat punya pasal terpaksa lah kan..hihih


orait...yang nie pulak sesi menepek nama dan nombor kat jersey...x pernah buat lagi benda nie, tapi juz tolong buat kat jersey member2...aku punya belum sanggup lagi nak buat sendiri.hahaha

tapi hasilnya memang memuaskan...^_^

p/s: bila lah nak ada masa utk update hari2..hahaha

Selasa, 22 Mac 2011

::: Becca Brown :::

Assalamualaikum & salam hormat..

kat johor nie asyik hujan jer...nak berjalan pun susah..uhhuhuh..tapi x per..mungkin aku perlu manfaatkan dengan benda lain kan..hahaha...

orait, korang ingat x lagi cerita school of rock?
rasanya x payah lah aku nak bagi sinopsis pasal cerita nie kan.hahaha...tapi aku bukan nak cerita pasal cerita school of rock nie..aku nak cerita pasal budak perempuan yang main bass tu...dalam lakonan nie x silap dia pakai nama katie or Rebaa Debaa bak kata jack black...hihihi...

untuk pengetahuan korang semua pelakon budak2 yang terlibat dalam band school of rock tu ada band diaorang sendiri...budak2 tu dulu semua hebat2 walaupun umur baru berapa tahun...termasuk Becca brown nie...

tapi tu dulu..sekarang nie masing2 dah beso2...paham2 sendiri lah yer beso mane.hahaha..

nama dia Rebecca Julia Brown lahir pada 18 ogos 1992..(muda aku setahun je.ahhaa) berasal dari chicago, Illinios...mula bermain gitar pada umur 4 tahun..(gila..aku pun main umor dah belasan tahun.haha)...muncul dalam filem school of rock memegang watak katie sebagai pemain bass selepas muncul dalam rancangan radio From The Top pada umur 9 tahun..dan sekarang merupakan penyanyi utama dan bassis dalam band Sweet Revenge yang ditubuhkan pada 2004..

nak dengar lagu-lagu dia pergi kat sini sweet revenge music

walaupun pada aku x ada lah best mana..tapi ok lah jugak kan.hhahaa..meh dengar..



p/s: semalam sehari suntuk hantar bapak aku kat hospital...hope pasnie bapak aku sembuh macam biasa..dan dia nie bukan rebecca black yg org kate mcm justin bieber tu k..hihih

Ahad, 20 Mac 2011

::: Review Blog Fire Starting Automobil :::

Asalamualaikum & salam hormat...

macam mana dgn hari minggu korang??? hari minggu aku macam biasa je lah..x kemana pun pasal x ada duit..ahhaha

orait, review kali nie aku nak cerita pasal blog "Fire Starting Automobil"...memandangkan blogger nie merupakan orang sekampung dgn aku iaitu KULAI, so kena lah puji lebih2 kan.hahahha

blogger nie aku x sure lah berasal dari mana tapi yang aku tahunama dia afzainizam (yeker?..hihih) dan dia ada bengkel kereta kat area kulai...bengkel kereta dia menyediakan perkhidmatan mengecat dan sebagainya...memang kreatif..seriously member2 aku pun ramai yang kenal company nie...cayalah bro...

apa yang menarik tentang blog dia adalah dia selalu share tips2 tentang penjagaan kenderaan...korang semua duk sebok nak jaga muka lah, kesihatan lah, itu ini...apa kata korang belajar tips2 tentang kenderaan pulak...aku sendiri memang x pernah lepas menjenguk blog dia..macam info yang selama nie kita buat endah x endah...memandangkan kemalangan jalan raya semakin meningkat nie kan..so kenalah pastikan kita membuat persiapan sebaik mungkin...

p/s: thanx bro afzainizam sbb selalu jenguk n komen kat blog aku nie..^_^

::: Football Professional Player??? :::

Assalamualaikum & salam hormat...

kali nie aku nak cerita pasal bola..x kira..aku nak cerita jugak.hihihih

so kali nie aku x nak cerita pasal Manchester United serta Kelantan menang & Arsenal seri..^_^

tapi aku cuma nak share tentang seorang player bola sepak nie..aku mintak maaf awal2 kalau ada yang tersinggung.^_^..bukannya apa, sejak dari awal kemunculan player nie aku dah dapat rasa dia lah player yang paling aku x suka...even cara dia main menarik tapi perwatakan dia yang buat aku rasa !@#$%^&...player tu ialah...

Mario Balotelli

dia sekarang merupakan player Manchester City...dia dah banyak buat statement yang agak dahsyat..huhhuhu..antaranya dia mengaku yang dia merupakan player kedua terhebat, terbaik dan terboom selepas messi...dahsyat kan???.. x menang apa2 award lagi dah bajet bagus.huhu..

dan kemudian gaya rambut dia yang selalu berubah-ubah..ada kadang-kadang tu ok tapi kebanyakkannya !@#$%^&..seriously..huhuhu

comel kan???

dan yang last sekali adalah perwatakan dia dalam padang...memang x professional langsung...even for the first time aku tengok cara dia main ok..tapi sekarang aku dah list kan dia dalam the worst player of the year...banyak lagi nak cerita tapi buat penat je..hiihh..

wajib tonton...!!!serious LOL..


p/s: ada jemputan kahwin..nak makan nasi minyak.nyum2..

Sabtu, 19 Mac 2011

::: Kemana Hilangnya Budi Bahasa?? :::

Asalamualaikum & salam hormat...

agak lama blog aku nie bersawang buat kali keberapa entah...hihihi...semuanya sebab kesibukan yang tak dapat dielakkan...dapat bukak blog pun semata-mata untuk tengok komen n shoutbox...

budi bahasa??
comel kan???!@#$%^&*

korang semua tau apa maksud dia kan...kadang2 bila difikirkan balik, rasa sedih sangat bila tengok gelagat n perangai anak muda zaman sekarang..(aku pun kira muda kan..hihih)...semakin hari makin luput keindahan anak melayu yang duk dibanggakan suatu masa dulu..

bukannya apa..aku tengok budak2 sekarang terutama budak sekolah dah hilang rasa nak hormat orang yang lagi tua..bahasa tu memang sekasar yang boleh dia nak lontarkan...jangan kata dengan orang lain, dengan mak bapak sendiri pun dah berani cakap !@#$%^&*...

mana silapnya agaknya??.. adakah ibubapa??kawan-kawan?? pihak kerajaan??..^_^

tapi pada aku benda nie boleh dibendung kalau kita sendiri yang nak betulkan masyarakat kita sendiri..jangan lah duk endah tak endah je dengan masyarakat sekeliling..

p/s: nie semua gara2 budak kecik yang duk kurang ajo dengan aku tadi...tak padan dengan kecik, dah lah buat salah..pastu x leh kena tegur...mmg nampak sangat lah family dia perangai macam mana kat umah.hahaha..malas nak cerita panjang lebar..buat sakit ati jer..

Jumaat, 18 Mac 2011

:::Contest Design T-shirt Rasmi Sahabat Blogger [sticky post] bawah baru punya post..^_^:::

Asalamualaikum & salam hormat...

korang baca tajuk entri pun korang dah tau apa kan..so x payah lah aku nak bebel banyak2..pasal asignment pun x siap2..ahhaha

nie design yg aku perah dari otak aku selama beberapa minit yang lalu..hahaha...kutuk jangan x kutuk...


p/s: nie adalah permintaan d_tieah..ahahhaa...so aku main buat je..hihih

Selasa, 15 Mac 2011

::: Tidur Dalam Kelas? :::

asalamualaikum & salam hormat...

akhirnya dapat jugak aku update waktu2 mcm nie..hahaha...pasal kelas aku banyak dibatalkan oleh lecturer atas sebab2 tertentu...

TIDUR DALAM KELAS???
korang mesti selalu kan??.. aku nak kata tidur tu x lah, tapi terlelap pernah lah.hahahah

Rasa-rasanya sebab apa seseorang pelajar tu tidur dalam kelas?... jawapannya senang jer, NGANTUK or MALAS..^_^

tapi ada jugak sebab-sebab lain kan...

- macam kelas tu sangat membosankan..
- subjek yang tak berapa menarik...
- dalam kelas x ada bunga2 yang menaikkan semangat..^_^
- cara pensyarah yang x ada komunikasi dua hala...
- x ada orang yang kita nak kacau...
- penat sebab tengok bola..^_^

tapi pada aku satu je yang menjadi punca sebenar...
suara merdu lecturer..hahahaha..^_^

p/s: mampus aku kalau lecturer aku tau blog aku nie.hihihi

Ahad, 13 Mac 2011

::: Jangan Kau Berputus Asa :::

Asalamualaikum & salam hormat...

aku sekarang kekeringan idea nak mengupdate blog...rase macam nak berhenti berblogging pulak...tapi rasa macam bosan pulak nanti kan..ahhaha..ok lah, aku teruskan cerita pasal tajuk entri aku nie..

"Jangan kau berputus asa"

hahaha..ini tajuk laju kumpulan spider..tapi aku nak tujukan pada diri aku dan jugak korang semua..dalam hidup kita ni kalau x ada dugaan, cabaran dan rintangan tak seronok lak kan..so dari benda2 nie lah mengajar kita erti kehidupan...jadi, kenapa kita nak kena mengalah bila sesuatu benda yang buruk datang kepada kita?

Kalau pun kita dah tak mampu nak hadapi pun, jangan lah sampai mudah sangat ucapkan perkataan mengaku kalah...

apa pun aku rasa cerita nie sesuai untuk fans arsenal yang terlepas lagi Piala untuk dirangkul selama beberapa tahun...Korang masih ada lagi satu Piala iaitu JUARA EPL..teruskan menyaingi..^_^

sambil-sambil tu meh dengar aku nyanyi lagu spider - jangan kau berputus asa

suara sakit tekak.ahahha

Jumaat, 11 Mac 2011

::: Filem Hikayat Merong Mahawangsa :::

Asalamualaikum & salam hormat...

dh lame betul aku x update blog nie...dh berabuk dh nie..hahhaah...

orait..kali nie aku story pasal movie yang aku tengok petang tadi dengan housemate aku...pada awalnya kitaorang x plan pun nak tengok cerita melayu..pasal paham2 je lah kan..nak2 cerita epik nie..hihih.tapi akhirnya filem Hikayat Merong Mahawangsa nie dah berjaya mengubah persepsi kitaorang..seriously aku rasa filem arahan KRU kali ni memang terbaek...big clap untuk semua yang terlibat dalam filem nie...

ramai yang x nak belajar sejarah..tapi rasanya x salah belajar sejarah melalui filem kan..hihihi

korang ingat senang ke aku nak puji cerita melayu..hahaha..papepun cerita upin ipin best..ahhaha

Tajuk Filem:
Hikayat Merong Mahawangsa

Pengarah:
Yusry Abd Halim

Penerbit:
KRU Studios Sdn. Bhd

Dipawagam:
10 Mac 2011

Pelakon Hikayat Merong Mahawangsa:
Stephen Rahman Hughes
Dato’ Haji Rahim Razali
Ummi Nazeera
Khir Rahman
Jehan Miskin
Nellie Ng
Umie Aida
Acong
Maya KarinMano Maniam

Sinopsis

Filem yang berkisarkan pengembaraan Merong Mahawangsa (berketurunan Alexander The Great) yang menjadi pengawal kepada Putera Empayar Rom yang ingin ke Asia Tenggara bagi mengahwini Puteri Dinasti Han. Perkahwinan diantara Putera Rom dan Puteri dari negara China ini adalah mahu menyatukan kedua–dua empayar dan perkahwinan mereka dilakukan di tanah yang tidak dijajah oleh mana–mana empayar (Natural Grounds) yang terletak diantara empayar barat dan timur.

Walaubagaimanapun, Armada Merong Mahawangsa telah diserang oleh Lanun dari negara Garuda (ia sebenarnya burung Garuda dalam Hikayat Merong Mahawangsa) dan Puteri tersebut telah diculik oleh lanun – lanun tersebut. Setelah berlaku serangan tersebut, bermulalah epik dimana Merong Mahawangsa cuba menyelamatkan puteri tersebut dan menyatukan empayar dari barat dan timur itu.


p/s: sebak aku tengok tsunami yang melanda jepun...apa2 pun kita kena sentiasa beringat...

Sabtu, 5 Mac 2011

::: Main Game Bila Bosan :::

Assalamualaikum & salam hormat..

apa aktiviti korang hujung2 minggu nie...hihihi..harap korang semua bergembira dengan apa yang korang buat..

ok...entri kali nie aku nk share pasal game2 yg aku selalu main bila dah bosan...aku biasanya akan main game bila tahap kebosanan aku pada paras sederhana..ahhaha..sebabnya main game pun akan buat aku bertambah bosan...tapi aku nie x ad lah kaki game sangat...

:::PES 2011:::
game nie aku selalu layan law sebelum nak tido..tpi sekarang pun dah jarang main pasal x ad sape kat rumah aku nie yang boleh kalahkan aku..hahaha

:::Need For Speed:::
game need for speed nie ada banyak version...tapi memandangkan lappy aku nie bukan gaming series...so dapat install yang biasa2 je...tapi bila main game lumba kereta nie, aku akan rasa release tension..hihii

:::Left 4 Dead:::
game left 4 dead adalah game zombie...aku suka men game nie pasal dapat tembak puas2..nak mampos pun lambat..hahahha..tapi law men sorang tengah2 mlm lagi feel..hhihihi

:::Counter Strike:::
nie rasanya game favourite untuk golongan2 remaja...aku dulu mula kenal main game kat pc pun game cs nie lah...lagi satu game nie seronok men ngan member pasal leh huru-harakan keadaan bila bosan..hihii...

tapi banyak-banyak game...game yang paling menjadi kegilaan adalah dua game nie...

::: Solitaire n Minesweeper :::
hahaha...dua game nie lah aku selalu main bila otak aku tiba2 blur..nak2 bila kelas lab coding..hahahahaha

p/s: aku x layan game2 strategy.hahahaha

Jumaat, 4 Mac 2011

::: Cuba benda baru :::

Asalamualaikum & salam hormat...

sepanjang minggu nie memang x dapat dinafikan kesibukan yang terpaksa aku lalui..hihihi...dengan penat mental dan fizikal lagi...

kali nie aku nak cerita pasal benda2 baru yang aku dah buat sepanjang masuknya tahun 2011...korang jangan salah paham lak, benda baru tu bukannya benda2 yang negatif yang mendatangkan kesan buruk..huhuhu

actually banyak jugak yang aku kena lalui untuk tahun 2011 nie...walaupun bru masuk bulan yang ke-3..tapi rasanya banyak dah benda yang aku dah buat...

antaranya bisnes kecil-kecilan aku dalam bidang jualan jersi-jersi bola, printing T-shirt, bergiat secara aktif dalam futsal, pegang jawatan dalam persatuan kat kolej (walaupun dulu kat sekolah gila kuasa sikit), kumpul jersi-jersi original pasukan manchester united dan macam-macam lagi...

walaupun ada plan dalam azam aku yang still x dapat aku nak lunaskan, tapi rasanya aku dah bersedia untuk hadapi lebih banyak dugaan dalam tahun 2011 nie...sebabnya aku dah mencecah usia yang lebih matang, so x nak lah jadi macam budak2 lagi kan...

kadang2 rasa x berani nak buat perkara yang t
ak pernah kita cuba, tapi tanpa pengalaman macam mana kita nak hadapi cabaran2 besar kan...rasanya kalau nak cerita panjang2 pun x guna pasal korang bukan minat pun kan..hihih..

untuk korang semua insyallah untuk 3 hari nie aku start blogwalking balik ke blog2 korang...akan ku terjah dengan komentar-komentar..hihii

x sah kan kalau x ada gambor...hihih

p/s: teringin nak beli kasut futsal baru..kasut yang ada nie dah koyak..sedih aku..T_T

Selasa, 1 Mac 2011

::: Basic Keyboard Shortcut :::

asalamualaikum & salam hormat...

lama jugak aku x update n blogwalking (walaupun baru 2 hari..hihihi)..buzy dgn macam2 kerja..

tadi masa aku jenguk2 forum terjumpa benda nie..actually aku ada juga guide keyboard shortcut nie, tapi dalam bentuk pdf...so alang-alang dah jumpa typing punya aku pun copy paste utk dikongsikan dengan korang semua...x salah kongsi ilmu kan..hahaha

untuk user2 computer yang x biasa guna shortcut2 nie, kat sini aku rasa korang boleh praktikkan..so korang x ada lah memakan masa lagi kan..nama pun shortcut..hihihi


lawo jugak law bilik aku buat macam nie kan..

RIGHT ARROW (Open the next menu to the right, or open a submenu)
LEFT ARROW (Open the next menu to the left, or close a submenu)
BACKSPACE (View the folder one level up in My Computer or Windows Explorer)
ESC (Cancel the current task)

CTRL+C (Copy)
CTRL+X (Cut)
CTRL+V (Paste)
CTRL+Z (Undo)
CTRL+A (Select all)

CTRL+SHIFT while dragging an item (Create a shortcut to the selected item)
CTRL while dragging an item (Copy the selected item)
CTRL+RIGHT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next word)
CTRL+LEFT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous word)
CTRL+DOWN ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next paragraph)
CTRL+UP ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous paragraph)
CTRL+SHIFT with any of the arrow keys (Highlight a block of text)
CTRL+ESC (Display the Start menu)
CTRL+F4 (Close the active document in programs that enable you to have multiple documents open simultaneously)

ALT+ENTER (View the properties for the selected item)
ALT+F4 (Close the active item, or quit the active program)
ALT+ENTER (Display the properties of the selected object)
ALT+SPACEBAR (Open the shortcut menu for the active window)
ALT+TAB (Switch between the open items)
ALT+ESC (Cycle through items in the order that they had been opened)
ALT+SPACEBAR (Display the System menu for the active window)
ALT+Underlined letter in a menu name (Display the corresponding menu)

SHIFT+ (Delete the selected item permanently without placing the item in the Recycle Bin)
SHIFT with any of the arrow keys (Select more than one item in a window or on the desktop, or select text in a document)
SHIFT+F10 (Display the shortcut menu for the selected item)
SHIFT when you insert a CD-ROM into the CD-ROM drive (Prevent the CD-ROM from automatically playing)

F2 key (Rename the selected item)
F3 key (Search for a file or a folder)
F4 key (Display the Address bar list in My Computer or Windows Explorer)
F5 key (Update the active window)
F6 key (Cycle through the screen elements in a window or on the desktop)
F10 key (Activate the menu bar in the active program)

p/s: match pagi nie Manchester United vs Chelsea..mana akan menang??