Isnin, 28 Februari 2011

::: Bisnes?? boleh ke?? :::

Asalamualaikum & salam hormat

agak terkejut aku kali nie bila member aku datang rumah aku tadi dan ajak aku untuk join buat tubuhkan syarikat untuk buat bisnes...dia kata dia ada orang yang boleh tolong dari a sampai z...wow, bunyi memang gempaq...

bisnes apa tu x boleh lah nak ceritakan..bukan mlm k..hihih..tapi sebenarnya aku nie bukan x berminat, cuma aku rasa dengan ilmu yang ada di dada nie x cukup lagi untuk kembangkan bisnes sedia ada..hahaha..

memang nampak macam senang, tapi banyak persediaan yang aku kena buat..betul tak??..dengan risiko lagi..arghh...belum sampai masanya lagi...huhuhuhu

yang tak boleh tahan member aku nie pikir jauh sangat..aku nie budak sains komputer, memang lah x reti..lain lah macam dia budak bisnes.hihihihi

kalau duit banyak pun tapi tak ingat tuhan pun x guna...betul tak?

Sabtu, 26 Februari 2011

::: Nak marah salah, tak marah salah :::

assalamualaikum & salam hormat...

sebelum aku tulis panjang lebar aku nak mintak maaf awal kalau ada yang tersinggung..hihihi

nak marah??..perlu ker??..rasanya x kot..tpi perlu ke cik polis buat road block di tengah kesesakan jalan raya..huhuhuhu

gila penat aku meredah jammed, aku pikirkan eksiden ker, lembu tergolek ke, lori bawa duit terbabas ker..rupa-rupanya 1jam punya jammed hanya kerana road block a.k.a awas pemeriksaan polis jer..perghhh..

aku bukan nak bising ke apa, mmg lah nie keje cik polis, tapi nak buat sekatan jalan raya pun buat lah masa kereta tak banyak...kalau ada kes pun rasanya ada cara lain kot...bukannya apa, rasanya tak sesuai kot road block dibuat masa waktu puncak...kesian kaki aku nie nak menekan clutch ngan minyak...member aku yang kat belakang pun sangkut bukan sebab road block je, sangkut dengan eksiden lagi..hihihih...

lebih kurang macam nie lah road block tadi.hahahah

maaf nyer sape2 yang terasa, aku cuma luahkan kepenatan yang aku lalui, bukan nak menyinggung mana2 pihak..apa pun terima kasih pada pihak polis yang berjasa pada negara..yang tak tu paham2 lah yer...jangan duduk melepak je kat mamak sampai 10 orang...hahaha


Jumaat, 25 Februari 2011

::: Apa lah nasib..T_T :::

Asalamualaikum & salam hormat...

maaf semua lama x blogwalking n mengupdate blog...mana tak nya assignment berkepul-kepul...dengan futsal lagi n macam-macam lagi nak kena setelkan...sekarang nie pulak aku kena uruskan satu benda yang bukan nye kerja aku...orang lain yang patut setelkan tapi aku gak yang baik hati sangat nak tolong...

tapi aku x kesah sangat sebenarnya, memang aku nie suka tolong orang...bukan nak mengharapkan apa-apa pun tapi apa yang aku harapkan bila sampai masa aku nak mintak tolong jangan lah buat tau tau pulak...betul tak???

sebenarnya banyak lagi masalah yang aku terima sepanjang minggu nie...tapi peduli apa aku, dah biasa dah..hahahah

nie lagi satu masalah...aku telah dilantik menjadi AJK merangkap ketua dalam satu persatuan kat kolej aku...alamak aihhh...x pasal-pasal...padahal aku x datang pun meeting..hihihi...tapi nama aku tetap naik jugak..korang nak tau apa jawatan aku???..KETUA PENGERUSI SENI MUZIK..(x silap aku lah..hahaha..psl x dtg meeting kan..)

aku nie dah lah buta seni..yang aku tau main kompang, gitar, nyanyi kat bilik air..hahahahha...apa pun nantikan video aku nyanyi yang seterusnya..hahahaha

p/s: esok JOHOR FC vs SELANGOR...aku harap dapatlah korang kalahkan team yang bajet star nie..hahahaha

Rabu, 23 Februari 2011

::: Review Blog Woofer Storm :::

Asalamualaikum & salam hormat...

entri kali nie aku buat ringkas je pasal banyak keje nak kena setelkan..hihih..aku buat review nie pasal semalam dia dah kasi malu kat aku..hahahaha

so kali nie aku nak review blog seorang blogger yang agak dahsyat!!!! iaitu blog woofer storm
aku x sempat nak interview dia dgn lebih dalam lagi..so kalau korang nak berkenalan lebih lanjut boleh lah ke blog dia sekarang jugak sementara stok masih ada..hahaha...


blog bro nie memang simple+smart+cool+Gempaq+cantik+menarik+da bomb!!..hihihihi

blogger nie berasal dari puchong kalau ikut info yang ada lah kan..dan dia berbintang libra..sama deyh...info yang dia share pun agak seronok dan menarik untuk dibaca...aku suka komen2 kt blog dia..hihihi..dan dia jugak selalu datang ke blog aku nie...so korang semua pun rasanya ada yang dah familiar dengan blog dia..guna domain lg tu..terbaik!!...


aku x leh nak describe dia hensem or comel ke..pasal aku rase hp dia mmg cantik..ahakz...

p/s: jom malam nie kita ramai-ramai sokong pasukan bola sepak malaysia yang akan diketuai penjaga gol sensasi negara dalam misi melayakkan pasukan ke olimpik...tak lupa jugak game Manchester United pagi nie...^_^

Selasa, 22 Februari 2011

::: Jom belajar Main Gitar :::

Asalamualaikum & salam hormat...

Atas permintaan beberapa rakan Blogger yang entah iya entah tidak nak kan aku ajar diaorang main gitar..^_^...so kali nie aku akan share 4 basic chord gitar yang korang perlu belajar...

4 basic chord nie kalau korang dah mahir insyaallah untuk chord2 yang lain korang x akan ada masalah...lagi pun banyak lagu2 yang hanya menggunakan 4 chord nie..x tipu nie..^_^

pastikan korang ada dua langkah nie :

::: Langkah Pertama :::

pastikan x ad orang disekeliling supaya x ada orang nak gelakkan kita..^_^

::: Langkah Kedua :::

Pastikan korang ada gitar..kalau x ada pinjam lah sapa2...^_^



kemudian...

pastikan korang paham apa maksud nombor2 untuk setiap jari...no 1 dirujuk kepada jari telunjuk dan diikuti seterusnya...ibu jari untuk memegang leher gitar..^_^..untuk orang tangan kidal, pastikan korang tukar kedudukan tali dulu..kalau tak korang main terbalik..ahhaha

Tali gitar yang paling bawah dipanggil tali 1 dan dikira hingga ke atas sehingga tali paling atas iaitu tali 6...

::: Basic Chord Pertama :::

C Chord
letak jari berdasarkan gambar kat atas nie...X bermaksud tidak perlu dipetik...O pula perlu dipetik bersama dengan chord...

A minor Chord

ikut je macam gambar....

F chord

yang nie agak susah sikit...lebih kurang sama macam C chord tapi jari 1 iaitu jari telunjuk perlu letak 2 tali sekali iaitu tali 1 dan 2..

G chord
basic chord terakhir yang perlu korang pelajari...

selesai korang dapat petik 4 chord nie tanpa sumbang, percayalah korang dah boleh main macam2 lagu...bila dah mahir tukar2 4 chord nie korang boleh terus belajar chord yang lain...

antara lagu yang korang boleh cuba, lagu gemuruh - faizal tahir/ demi waktu-ungu/cinta gila - grey sky morning/

Ahad, 20 Februari 2011

::: Insyaallah versi Iwan Zain..hahhahaha (Insyaallah Versi Melayu ):::

Assalamualaikum & salam hormat...

mula2 aku nak mentioned korang jgn gelakkan aku bila tengok video nie..ahhahaha..pasal aku nyanyi memang tak sedap..nak2 bila lagu2 yang macam nie..hahahah...dh macam lagu masyaallah pun ye jugak..

pasal ada beberapa orang blogger yang suruh aku nyanyi..aku pun dengan rela hati MENYUMBANGKAN lagu Maher Zain nie...apa pun aku nak share chord gitar Maher Zain versi Malay...

orang cakap sekarang buat video cepat famous..ahhaha..pasni aku update video lagu2 yang kitaorang buat..insyaallah...

credit to : along tapa yg sudi temankan aku..hahaah


Bm G
Andainya kau rasa tak berupaya
A F#
Hidup sendirian tiada pembela
Bm
Segalanya suram
G
Bagai malam yang kelam
A F#
Tiada bantuan tiada tujuan

A G
Janganlah berputus asa
A F#
Kerana Allah bersamamu

Chorus
Bm G A
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
F#
Ada jalannya
Bm G A
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
F#
Ada jalannya

Bm G
Andainya dosamu berulang lagi
A F#
Bagai tiada ruang untuk kembali
Bm G
Dikau keliru atas kesilapan lalu
A F#
Membelenggu hati dan fikiranmu
A G
Janganlah berputus asa
A F#
Kerana Allah bersamamu

Ulang Chorus

D
Kembalilah
Bm
Kepada Yang Esa
F#m A
Yakin padaNya Panjatkanlah doa
D
Oh Ya Allah
Bm
Pimpinlah daku dari tersasar
F#m
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
D
Jalan yang benar
Bm
Jalan yang benar
F#m
Jalan yang benar

Sabtu, 19 Februari 2011

::: Hari sabtu yang...entah lah... :::

asalamualaikum & salam hormat...

macam mana dengan hari sabtu korang???

hari nie aku terasa yang aku x dapat rasa bahawa hari nie adalah hari sabtu...!!!..sebabnya banyak benda yang aku plan tapi x jadi...hihihi..so hari sabtu nie aku hanya mampu duduk kat rumah jer...on9, blogwalking walaupun internet slow, main ps2, duduk borak2, makan, minum , kencing ber**, tido...hahaha...seriously aku x tau nak buat apa...

roomate pulak balik kampung...nasib baik ada member yang sudi lepak2 dengan aku...hilang sikit rasa bosan...so sambil2 duduk tadi aku lepak main gitar dan aku ad capture picture utk tatapan korang.hahaha...aku memang suka update entri letak gambo..sori ye semua..hihii

nie lah gitar aku yang menjadi mangsa tempat aku lepas geram selama nie..hahaha

p/s: esok nak buat assignment database.mampos aku kalau tak siap..hihii...jom layan anugerah sri angkasa...^_^

::: Design Tshirt utk budak UTM-KYM :::

Asalamualaikum dan salam hormat...

pekabar semua geng2 blogger...hari nie x berapa penat sangat pasal kelas pun x pack macam hari-hari biasa...semalam ada member aku mintak tolong designkan 2 jenis baju utk kolej dia...satu korporat ala-ala F1 tu dan satu lagi collar t-shirt...

so aku dah design kan seperti yang dikehendaki..haha...aku nak share dengan korang semua supaya korang boleh bagi pendapat yang membina..maklumlah org baru..hahaha

nie design utk baju korporat...kaler aku pilih berdasarkan logo utm..

nie baju utk kelas...konsep aku sendiri x tau ap.hahaha

esok cuti x tau nak buat ap...nk jalan2 duit x ada...ad ke sapa2 yang nak belanja aku..??ahahaha

Khamis, 17 Februari 2011

::: Buat Penat Aku Menunggu :::

Asalamualaikum & salam hormat...

aku mcm x sangka ada orang mintak aku update entri dalam blog aku nie..ihihihi..ada jugak org yang nak baca, igtkan x ad..(hahaha..poyo seyh...)...minggu nie agak memeningkan kepala aku sikit...banyak benda nak kena setelkan..biasalah lumrah kehidupan sebagai student..ahakz...nak ngadap lappy nie pun rasa jammed semacam...

kali nie aku nak cerita pasal satu benda yang agak funny+sakit hati sikit...

pasal kelas aku yang asyik duk batal2 jer...kadang-kadang rasa seronok bila kelas batal..tapi hakikatnya menyakitkan hati bila nak dekat final exam banyak buat kelas ganti..huhuhu...

hari nie aku dah membuang masa aku dengan benda2 yang x sepatutnya...yang pertama aku dgn budak2 kelas aku tunggu dkt 2 jam utk kelas seterusnya...alih2 dapat tau kelas batal...perghh..sikit punya angin..mana x nya, notis tu dia tampal kat pintu kelas, kita orang nie semua langsung x perasan notis tu...padahal 2 jam kitaorang duk lalu kat depan kelas tu...kalau tau dari awal aku dah chow balik rumah tido.hahahah

kenapa lah puan x mesej je kitaorang..kami semua memang budak-budak yang malas nak membaca..nie lah akibatnya..ahahahah

p/s: banyak pulak orang yang suruh aku designkan baju..^_^

Selasa, 15 Februari 2011

::: Cubaan Design Tshirt :::

Asalamualaikum & salam hormat...apa khabar semua??hihhihih

hari nie aku rasa penat+ tension...hihihi

esok plak ad quizzessss kelas Data Communication.aiyarkkk.x study lagi nie..duk sebok dengan blog..ahhaha..kelas untuk esok pulak dari pukul 8 pagi sampai 6 petang..mmg mencabar...hahaha

so beberapa hari yang lepas ada seorang hamba allah nie mintak tolong aku designkan tshirt utk sekolah dia...so sebenarnya aku pun main hentam saja lah..hihihi..nak mintak pendapat korang semua sebelum aku post kat dia.hihihi...nie untuk sekolah MRSM muar..x sure utk budak kelas or club ke ap...pasal dia x bg tau full info..

roundneck
collar

so kalau2 ada blogger2 yang dari sekolah nie diam2 je lah yer..hahahah

Isnin, 14 Februari 2011

::: Salam Maulidur Rasul :::

Asalamualaikum & salam hormat...

rasanya dah ramai blogger yang bercerita pasal maulidur rasul nie...so x perlulah aku nak cerita kat korang semua kan..hahaha

RASULULLAH…

Ya Rasulullah
Salam buatmu duhai kekasih Allah
Kami sentiasa mengingatimu
Wahai penghulu ambia’ Ya Rasulullah
Kini tibalah detik yang bersejarah
Hari kelahiranmu yang ditunggu

Detik gemilang
Seluruh alam bergembira
Dengan kedatangan dirimu
Bagaikan rembulan mengambang
Membawa cahaya yang terang
Hapuslah segala kejahilan
Musnahlah segala kezaliman

Ya Rasulullah ya habibullah
Sejarah perjuanganmu
Diingat dikenang kembali
Dijadikan contoh teladan
Di dalam mengharungi kehidupan

Tabahnya dirimu ya Rasulullah
Menempuhi dugaan Tuhan
Biarpun dicaci difitnah
Semangatmu terus menyala
Akhirnya membawa kecemerlangan
Akhirnya menbawa kemenangan….

p/s: penat hari nie tangkap orang mencuri...tapi akhirnya x berjaya jugak..selamat bercuti semua...jom kita ramai2 g masjid

Ahad, 13 Februari 2011

::: Teringin Nak Beli RC Drift :::

Asalamualaikum & salam hormat semua..^_^

kali nie ak dh kering idea nak update entri ap..ada yang suruh update pasal valentine, maulidur rasul, kahwin, makan, tido..hahaha...tapi untuk kali nie aku juz nak share pasal benda yang aku rasa dah mula menarik minat aku iaitu RC Drift (Remote Contro Drift)...

member aku tadi baru lepas tengok2 video kat youtube so dia bukak video RC drift nie, entah macam mana aku rase macam smart pulak..hihih...modal nak men benda nie bawah RM100 pun dah boleh dapat, tapi x menarik lah kan untuk dapatkan kepuasan sebenar...so aku dan member aku dah usha2 modal kena ada dalam minimum RM300-RM500..wow..hhihihi...

jom kita layan...!!!
cool giler kan??

polis pun ad kerete RC sebab nak menerjah ke kawasan semak..ahhaha

so mudah-mudahan minat baru aku nie tercapai..hahahaha

::: Manchester United Menang 2-1 menentang musuh tradisi :::

Asalamualaikum & salam hormat...

p/s: ada sesiapa leh tolong x macam mana nk buang detect malware nie...ntah macam mane leh kena ntah...

penat seharian berjalan n bershopping hari nie...malam mmg dalam kepala dah set nak tengok match dengan member peminat manchester united...

lepas je maghrib member-member semua dah ready nak gerak g restoran dawood, hang tuah mall...^_^...dari mula sampai habis game berdebar je memanjang..bayangkan x pernah2 ak makan x habis tiba2 hari nie ak makan boleh x habis..hahahha...

member2 yang join MV MYMANUTD.COM..ad lagi yang malu2 nk amik gambo..
nani first gol hasil hantaran ryan giggs...
rooney buat bicycle kick yang paling terbaek!!!

tribute to rooney10

walaupun masih belum tentu menjuarai EPL tapi kemenangan kali nie memberikan kedudukan selesa..pada yang nak ngutuk2 tu ak mintak maaf awal2..
tahniah Manchester United!!!

Jumaat, 11 Februari 2011

::: Setelah lama menanti..akhirnya!!! :::

Asalamualaikum & salam hormat pembuka bicara..hahaha(skema giler!!!)

lama betul ak x jenguk2, update entry n blogwalking..rindu lah plak..hahaha...mcm2 berlaku sejak kebelakangan nie yg mengekang ak utk berblogging mcm biasa..maklumlah hidup x selalunya indah.hahahha

kali nie punya entri aku nk cita pasal benda yang dah lama dinanti-nantikan dan akhirnya hari nie 11/2/2011 dua penantian yang dinanti-nantikan berakhir..ahhahaha

::: penantian pertama :::

ak study kat melaka..so aku duduk kat rumah sewa...apa yang menyedihkan adalah internet yang kita org apply dari tahun lepas x sampai2...macam2 report kitaorang dah buat dan akhirnya aku buat keputusan buat order yang baru dekat TM point yang lain.hihihi

dan akhirnya rumah sewa aku nie dh berjaya mendapat bekalan Wifi yang berkelajuan ehem2..ahhaha...semua dalam rumah aku nie kaki2 komputer( maklumlah budak sains komputer..) so bila internet nie dah ada rasa lega sikit..nak pakai brokband x mampu..hihihi

kitaorang ambil pakej gradpack pasal nie je yang ad kat melaka..hahaha

::: penantian kedua :::

nie lagi bez..pasal akhirnya dua tahun aku pegang lesen 'P' dan akhirnya aku dah dapat lesen penuh..hahahahah...sapa x bangga seyh bila dah x ad sticker P lg kat kete...hihihi...punya lah semangat gila aku nak cabut sticker P aku tu..hahahaha...

mujur x ada lagi kena saman or eksiden sepanjang aku pegang lesen P...^_^

nie lah kete aku yang aku bawa merantau..
(padahal kete abg ak..tpi buat harta sendiri..hahaha)

Selasa, 8 Februari 2011

::: Jom berkenalan :::

Asalamualaikum & salam hormat..^_^

kali nie ak terpakse buat short entri sebab terlalu bz..hahaha..

btw aku bukan nak buat review pasal orang @ blogger yang tolong aku buatkan header yang sangat smart untuk dipacakkan kat blog aku nie..hihihi..

(klik utk ke blog dia)

dia nie lah orang yang tolong buatkan header utk blog ak...maklumlah aku nie kadang2 kering idea nak design2 nie..hihihi..so bila ada orang yang murah hati macam bro mofaizmz nie aku cepat2 mintak tolong dengan dia..hihih..nak berkenalan lebih lanjut dengan dia jenguk2 lah blog dia k...jangan malu jangan segan.ahhaha


nie lah header pertama blog ak nie..hihihi
nie design pertama dia..tpi aku nak suh dy tambah perkataan cyber (dunia kan dah maju)...hihih
nie ialah hasil dia yang terakhir..aku suka sebab simple dan x bercelaru...aku x suka kelam kabut sangat..hihi..tq bro..

so kepada korang semua aku memang minta maaf awal-awal sebab aku x dapat nak blogwalking macam dulu lagi...sebab terlalu buzy dgn kelas, itu dan ini..masalah internet lagi.hihih..sorry sangat2...tapi insyallah bila ak free ak akn jenguk2 blog korang..asalamualaikum..^_^

Sabtu, 5 Februari 2011

::: Kerja Bila Dah Bosan :::

Asalamualaikum w.b.t & salam hormat..^_^

cuti2 nie terasa bosan pulak bila asyik duduk jer kat rumah x ada buat apa2...so bila dah bosan aku tergerak hati nak mengemas rumah..(baik kan aku??..hahaha)...lepas je cuci kereta walaupun nampak gaya macam nak hujan.aishhh, aku pun pergi leh mengemas barang2 lama yang dah berabuk bersama-sama dengan budak kecik sorang (buat ngarah-ngarah..hihih)...

dan antara barang-barang yang dah berhabuk tahap dewa tu adalah koleksi piala n pingat yang aku kumpul dari kecik sampai lah ke besor...huhuhu...

aku nie x adalah hebat mana pun macam korang semua kan...tapi nie adalah sikit pic-pic yang aku nak share kan untuk semua...

sikit je kan..nyesal dulu masuk banyak pertandingan tapi banyak tak menang.hahaha

dalam tiga-tiga pingat nie terselit satu yang menakjubkan...

nie lah dia...bola jaring???...men bola sepak tapi dapat bola jaring..hahahaha

budak nie lah yang bertungkus-lumus mengelap semua nie..ahhaha

beza dulu dan sekarang...nampak tak apa bezanya???

KULAI dah ditukar KULAIJAYA..x sedap langsung bunyi..hahahaha

x perasan pulak follower dah jejak 300.hihi

Khamis, 3 Februari 2011

::: Kebaikan bersukan :::

Asalamualaikum & salam hormat..^_^

setelah lebih kurang 4 hari ak demam+batuk+selsema+lain2..hahaha..akhirnya ari nie ak dah sembuh sikit walaupun batuk still x hilang lagi...bercampur pula dengan bingit telinga sebab bunyi mercun.hahah..maklumlah dikelilingi penduduk majoriti cina..

so kali nie ak nak share tentang kelebihan bersukan @ bermain..^_^

- dapat mengispirasikan diri kita untuk berfikir secara berbeza-beza...dengan kata lain menjadikan minda kita lebih kreatif...

- memberi lebih kesoronokan dan menghilangkan rasa kemurungan...lebih banyak jenis sukan kita ceburi lebih banyak perasaan yang kita akan rasa...

- mengurangkan rasa stress terutama kepada golongan pelajar dan golongan bekerjaya...

- memanjangkan umur dan kesihatan terjamin..tapi kalau ajal dah sampai x leh nak kata apa lah kan..hihihi

- bersukan juga membuat badan anda merasa lebih ringan..memang ketika bersukan kita rasa penat, tapi sehari selepas tu pasti badan dan otak kita rasa ringan...

- bersukan juga merangsang imaginasi dan kreativiti...

- meningkatkan tahap kecergasan dan tenaga kita...

- apabila kita bersukan, kita lebih berani menghadapi risiko...kita tak akan takut untuk berhadapan dengan kecederaan...

- atlet sukan juga lebih mendapat perhatian..contohnya pun korang tau sendiri kan siapa..hahaha

so sape ckp bersukan nie buang masa, memenatkan, melecehkan & blablabla...memang kita x nampak kelebihannya untuk jangka masa yang singkat...sekurang-kurangnya kita dapat mengeluarkan peluh pun dah memadai...jangan asyik duduk mengadap lappy je k..hahahah

p/s: kalau korg perasan kenapa org melayu cpt dpt sakit dri org len..sebab malas berjoging..ahhaha


team ak dengan Ali XPDC (skrg Ali empire..)

Rabu, 2 Februari 2011

::: Aku terpaksa :::

Asalamualaikum & salam hormat..

apa khabar semua..mcm mane dgn cuti korg sumer..seronok??hahaha

ak terpaksa..terpaksa pause utk update buat beberapa hari yang lalu..sebab atas masalah kesihatan dan atas nasihat doktor...so atas masalah kesihatan dan juga tak cukup tidor sebab dikelilingi kawasan masyarakat cina (mercun punya pasal)...so aku pun x sempat nak update n pergi mengomen or blogwalking kat blog korang sumer...insyallah kalau aku dh sihat ak terjah korg pnye blog..huhuhu...adios..^_^