Jumaat, 4 November 2011

:::Kenapa perlu bangga diri??:::

Assalamualaikum dan salam hormat..

dulu cerita berapi-api nak mula berblogging balik...selang sehari lepas tu internet asyik buat problem je...terus hilang mood nak berblogging..waakakakaka...Lepas tu dengan kesibukan yang melanda tiap-tiap hari buat aku rasa nak 'officially closed' blog ni..hihihi..

akhirnya tiba jugak Final exam aku untuk sem 5 nie...nak kata study memang tak lah kan...harapkan idea yang ada dalam kepala je lah untuk menjawab...hihihi...

kenapa kena bangga diri???soalan ini aku tertanya-tanya selalu bila kawan-kawan aku selalu nak tunjuk kelebihan yang diaorang ada....come on lah, dalam dunia nie x semua orang hebat...ak sedar aku di tahap mana...tapi x payah lah sampai nak menganjing-nganjing aku depan orang ramai....

so rasanya tak payah lah korang nak bangga diri dengan apa yang kita ada sebab semuanya bukan millik kita...bila2 masa je benda tu boleh hilang kan...

okthxbye..~~~

Ahad, 18 September 2011

::: Kembali Mengegau!!! :::

Assalamualaikum & Salam Hormat...

Setelah berbulan rasanya aku x update blog nie, akhirnya dapat jugak ak log in(sebab lupa password...wakakkaa)....hihihi..sebenarnya dah lama tak update blog nie sebab x dapat idea or kekangan masa...

Actually banyak sangat kerja yang aku kena langsaikan...bukan sahaja tanggujawab sebagai pelajar,malah sebagai anak.pekerja,penasihat dan segala pe lagi...

Kalau nak cerita pasal apa aku buat selama nie pun sampai tahun depan tak habis...so apa yang aku harapkan aku dapat balik semangat untuk berblogging macam dulu...sebab aku tengok banyak blogger pun dah tarik diri akibat sumpah seranah x senonoh blogger baru...

so nantikan kemunculan aku..ahhahahaa

p/s: bapak aku dah selesai operation yang kedua..mungkin korg tertanya2 kenapa kan...bapak aku mengidap penyakit kanser unsur..hope bapak aku akan sihat macam biasa...x nak lagi sambut raya kat hospital..T_T

Sabtu, 30 Julai 2011

::: Berhenti Buat Sementara Waktu :::

Assalamualaikum & salam hormat...

akhirnya dapat jugak aku update blog bersawang nie..hahhahaha...aku sekarang memang tak dapat nak berblogging macam dulu lagi...terlalu banyak komitmen yang aku kena setelkan...macam-macam masalah kena selesaikan...baru sekarang aku rasa macam mana orang sibuk nak habiskan sehari dalam hidup dorang...

so sempena nak menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-mubarak nie...aku dengan rase rendah diri nak mengingatkan semua serta diri aku sendiri untuk sama-sama kita mendekatkan diri kepada ALLAH..dengan mudah-mudahan kita mendapat hidayah dari-Nya...

semoga dengan keberkatan bulan yang mulia nie, sama-sama lah kita berpuasa dan membuat amal-amal ibadah yang lain...dan bukan untuk bulan ramadhan je yer..hihihi

sebelum tu aku juga nak ucapkan salam takziah kepada keluarga rakan ak iaitu Arwah Khairul Nizam yang menghebuskan nafas terakhirnya pada 28.7.11 yang lalu...tak sempat aku nak jumpa dengan arwah...Al-Fatihah...

p/s: sape nak tolong aku masak untuk berbuka yer..ahhahaa...

Ahad, 17 Julai 2011

::: Review Blog The Extraordinary Fatin :::

Assalamualaikum & salam hormat...

so dh lama bersawang dan terus bersawang blog aku nie..hihihi...so dah lama rasanya aku tak review rakan2 blogger yang nak mulakan dunia baru dalam berblog nie...

so kali ini jatuh kepada JUNIOR kolej aku iaitu faten zawawi...so dia nie baru nak mulakan berblogging...jadi korang boleh lah follow dia yer...hihihi..


tak banyak yang aku nak cerita pasal budak kecik nie, cuma aku agak seronok bila dia berseronok cerita pasal aku kat blog dia (apa ayat aku nie??)...sebenarnya dia ada cerita pasal aku kat blog dia..so nie kira balas entri balik lah..hihihi..


btw, junior aku nie merupakan antara yang frenly jugak kat kolej...tapi apakan daya sudah berpunya..ahhahah..so hope lepas nie dia teruskan berblogging tanpa henti...

p/s: team2 EPL seronok belasah pasukan MALAYSIA kita..siap korg...grrrrrr

Selasa, 5 Julai 2011

::: Manchester United Trophy Tour at KL :::

Assalamualaikum & salam hormat...

so macam yang aku janjikan hari tu, aku akan share pasal projek aku untuk hari minggu yang lalu..so nie lah projek yang aku n geng2 moderator kelab aku dapat anjurkan hasil kerjasama dengan pihak TM dan juga Manchester United...

Program nie dinamakan Asia Trophy Tour yang berlangsung di dua venue pada 3hb julai yang lalu iaitu di KLCC Tower dan KL tower...walaupun kedatangan pemain hanya pada hari ahad nie, tapi cukup lah dapat tengok dan pegang piala EPL nie..berat beb..hihihi...

aku rasa semua peminat EPL berebut2 nak tengok dan pegang piala nie...so korang tengok lah yer beberapa gambar2 yang sempat diambil beserta satu video khas.hihihi


tag untuk organizer.hihi
nie betul2 yer..bukan main2..hihihi
we are now 19th..hihihi
sebahagian daripada moderator yang menguruskan kelab dan semua program2...
nie saje suka2...hahaha...two tone yg berbeza..ahakz
ad pulak terselit transformer tu..
nie pun x tau datang dari mane.ahhah
KLCC View
KL tower View
screen shot dari tv3...tgok kiri skali tu.ahhaha
so nie video dia...

p/s: x kesah ler korang team mane pun..tapi peluang pegang trofi nie bukan selalu dapat..hihih..ad jugak fans lain dtg semalam...

Sabtu, 2 Julai 2011

::: Trick Isi Minyak Petrol Murah :::

Assalamualaikum & salam hormat semua..so dengan murah hatinya aku nak share ngan korg trick nie...meh lah kita cuba yer...nie pun member aku yg share..

Trick Isi Minyak Petrol Murah

Nie petua yang baru aku dapat dari petugas stesen minyak Petronas….

Kawan aku dia keje part time kat situ, dia cakap pun ada orang yang ajo dia teknik nie... so aku rasa baik aku kongsi pada korang semua... benda baik nie kena kongsi reramai baru terasa nikmatnya.. yoyo oo jekan haha!

Dia bagi tips camner nak turunkan harga RM1.80 kat pam minyak jadi RM1.00 or suka hati korang la nak letak berapa sen… tapi agak-gak la kan jagan mark-up sangat.. kesian tokey stesyen minyak tue.. (haha... ingat boleh dapat baju free la tue nak kesian-kesian)

Aku dah buat... sekarang giliran korang pulak

1. korang kena pergi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapa pun… dengan mengatakan isi penuh jer korang boleh setting balik harga kat pam korang pilih tu… tak kira la pam 1 ke, pam 2 ker jangan pam angin atau NGV sudah la…

2. korang pergi balik kat pam korang tu, dan jangan angkat nozel lagi.

3. kat pam tu kan ada dua punat-punat (macam lucah jer bunyinya) untuk nombor (bukan untuk credit card tau) yang bawah pada screen liter tu… kira mcm nak isi manual nyer harga la

4. korang tekan ‘clear’ – untuk resetkan harga yang kaunter minyak tu set tadi

5. then korang tekan enter – 3x ( jangan luper baca bismillah)

6. then korang tekan ’0′ , ’0′, ’1′, ’0′, ’0′ (1.00 sen seliter) atau korang tekan la berapa pun korang suka

7. pastu korang tekan enter – 3x sekali lagi

8. tekan butang clear – 2x , jangan tekan lebih nanti tak jadi

9. then korang tekan berapa puluh korang nak isi

10. tekan enter lepas dah masukkan nilai isian pastu… supervisor petrol pam akan jumpa korang

“woi apa ko buat ni… main tekan-tekan ni… takde keje lain ker…!!!!”
so korang dengan muka selamba isi jer minyak dengan harga baru kerajaan RM 1.90 seliter…

hahahahaha...

p/s: esok aku nak g kl..nnt aku update apa yg aku buat kat sane.hihi

Jumaat, 24 Jun 2011

::: Kerja-kerja Design :::

Assalamualaikum & salam hormat..

so kali nie ak juz nk share slh satu kerja-kerja side income ak utk bulan nie..aku x main lah mlm ker,forex ker...hihihi...so aku lebih kepada ambil projek2 design dan printing...

so nie adalah salah satu daripadanya...atas desakan makcik najiha sahami so ak share lah benda nie kat korang..hihihi

so nie adalah cover page je..ihihi..x kan nak tunjuk semua kan...sebab benda nie official..hanya membership yang disahkan je boleh dapat..nak-nak fans2 lain..hahaha...so projek nie adalah untuk buat satu desing, bukan satu je nie tapi untuk keseluruhan Planner utk 2012..

aku sebenarnya x ada pengalaman dalam buat planner nie..apakan lagi nak buat macam diary...tapi kalau tak cuba mane nak tau kan..so sebenarnya benda nie tak setel lagi...jadi aku kena siapkan sebelum hujung bulan nie...

p/s: malaysia menang hati manyak senang wooo...

Rabu, 22 Jun 2011

::: Abahku Dah Keluar Wad.. :::

Assalamualaikum & Salam hormat...

Bosan pulak sepanjang cuti nie...hihii..juz blogwalking gitu2 je kat blog2 orang...x sempat nak update sendiri punya....so tengok dari tajuk rasanya korang dah tau pasal apa kan?..

so bapak aku baru je lepas keluar dari wad..alhamdulilah, x payah lah mak aku nak risaw2 sangat...so lepas nie harap dia sembuh sebaiknya...tapi atas arahan doktor, bapak aku memang dah x boleh nak bergerak sangat, so nak x nak kena lah suh dia duduk jer...

so cuti-cuti ada macam2 jugak projek2 luar yg aku dapat...so terima dengan hati yang terbuka sebab dari benda nie lah side income aku sebagai student...korang jangan igt projek bukan2 pulak yeer..hhhahaha

Sabtu, 18 Jun 2011

::: Demam + Rompakan :::

Assalamualaikum & salam hormat...

baru nak bergiat aktif dlm blog..ada pulak halangan2 lain..hihhi....so 3 hari berturut aku diserang penyakit demam x bersebab..hahahaa....suka2 aku je...tapi tulah, jarang sebenarnya kena demam....tapi nak buek macam mano, dah tuhan tentukan den kono penyakit tu..hihihi

tapi alhamdulilah, dah sihat dh pun..siap boleh main bola+futsal lagi..hahaha...walaupun kepala masih terhuyung-hayang lagi..


itu cerita pasal demam....ok sekarang aku nak cerita pasal rompakan pulak...huhu..seram beb...semalam hari jumaat petang 17/6 kedai saloon kakak ipar aku kena rompak dengan perompak yang dipercayai bangsa cina...boleh tahan banyak juga lah kerugian..customer pun kena jugak...tapi mujur x ada yang terbunuh..cuma ada sorang yang kena tetak kat kepala n kena 5 jahitan...so polis tengah buat siasatan n kata mungkin perompak yang memang polis tengah nak cari...carilah korang sampai dapat...

sekarang kakak ipar aku tengah trauma lagi..biasalah tu kan..so kepada korang semua harap berhati-hati sebab benda nie boleh berlaku kat mana2 je..malang x berbau..^_^

nie perompak yang disyaki..hihii

p/s: tadi terserempak dengan kereta klasik, teringin nak beli kereta klasik pastu tayang depan korang..ahahah

Isnin, 13 Jun 2011

::: Anda ditahan Polis?? :::


Assalamualaikum & Salam Hormat...

Sebentar tadi aku dapat berita dari kawan aku punya kawan yang kawan aku kena tahan polis...so sekarang dia ada kat balai polis...^_^...tapi korang jangan ingat dia penjenayah..cuma dia jadi saksi kejadian jer..^_^..

so memandangkan rasanya ramai yang x ada pengalaman ditahan polis, jadi tadi aku geledah2 kat internet..terjumpa satu artikel nie...mungkin nampak macam panjang, tapi boleh jadi panduan utk korang...malang x berbau..hihi..dan jangan sampai tertipu nnt...^_^

------------------------------------------------------------------------------------

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis.

1. BAGAIMANA MENDEFINASIKAN ISTILAH ‘DITAHAN’? HANYA APABILA …

a. Polis berkata kepada anda, “Anda ditahan”
b. Polis menggari tangan anda
c. Anda dilarang dari meninggalkan sesebuah bilik, kawasan atau sebagainya oleh pihak polis

2. BAGAIMANA SEKIRANYA ANDA DITAHAN OLEH PIHAK POLIS (semasa berjalan, memandu pulang dsb.)

a. Anda mungkin akan disoal. HANYA berikan butir-butiran diri anda seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat. Anda juga mungkin akan diminta menunjukkan kad pengenalan diri anda.
b. Anda tidak perlu menjawap lain-lain soalan.
c. Biasakan bertanya pengenalan diri polis yang berkenaan. Sentiasa catatkan nama dan nombor kad pengenalan mereka.
d. Catatkan nombor kenderaan ronda mereka

3. JIKA ANDA DITANYA LAIN-LAIN SOALAN

a. Tanya kepada polis berkenaan, “Adakah saya ditahan?”
b. Sekiranya mereka berkata “Ya”, jangan menjawap apa-apa lagi soalan yang diajukan kepada anda. Adalah menjadi hak anda untuk menjawap apabila berada di mahkamah sahaja.
c. Sekiranya mereka berkata “Tidak”, anda boleh beredar pada bila-bila masa sahaja.

4. JIKA ANDA DITAHAN
a. Beritahu orang-orang yang berhampiran dengan anda.
b. Sekiranya anda mempunyai telefon bimbit, telefon rakan, keluarga atau peguam anda. Sekiranya anda ditahan di kawasan diantara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka, besar kemungkinan anda akan dibawa ke balai polis Dang Wangi (Stadium) dan balai polis Campbell. Minta kawan anda, keluarga atau peguam anda pergi ke balai polis Dang Wangi dahulu untuk mengesahkan penangkapan anda dan dimana anda berada.
c. Catatkan / ingatkan waktu anda ditahan

5. KETIKA DITAHAN, PIHAK POLIS MESTI MEMBERITAHU ANDA

a. Mengapa anda ditahan

6. SELEPAS DITAHAN

a. Pihak polis hanya boleh menahan anda didalam lokap selama 24 jam sahaja, tidak kira samada pada hari cuti am atau pada hujung minggu. Ini adalah hak PERLEMBAGAAN anda. Selepas tempoh masa 24 jam berakhir, pihak polis mesti membawa anda ke hadapan majistret untuk direman (dimana anda mesti tinggal di lokap polis bagi ‘membantu’ siasatan mereka). Jika tidak, anda akan dilepaskan samada atas jaminan (jamin mulut) atau akan didakwa di mahkamah. Sebaik sahaja didakwa, anda perlukan penjamin dan wang jaminan kecuali ianya bukan dakwaan yang berjamin
b. Anda tidak boleh membawa sebarangan barang-barang ke lokap kecuali pakaian yang sedang anda pakai ketika itu. Apabila pihak polis mengambil barang-barang anda, anda mesti menurunkan tandatangan untuknya. Sekiranya anda mempunyai wang atau kad bank / kredit, pastikan anda mengira duit anda dan pastikan polis tersebut mencatatkan jumlah yang anda ada, dan apa kad bank / kredit yang anda miliki.
c. Anda mungkin diminta memberi kenyataan 113 (kenyataan peringatan). Pegawai polis yang mengambil kenyataan tersebut mestilah membacakan hak-hak anda

7. SOAL SIASAT POLIS

a. Berhati-hatilah semasa menjawap soalan-soalan yang diajukan oleh pihak polis. Ia mungkin dalam bentuk soalan-soalan mesra yang biasa seperti cuaca, keluarga anda dsb. untuk menenangkan anda. fikir berulang kali sebelum menjawap kerana ia boleh digunakan untuk menentang anda semasa dimahkamah nanti. Ingat, kerja polis ialah memastikan mereka mempunyai cukup bukti untuk mendakwa anda, dan bukannya untuk mempunyai perbualan yang mesra.
b. Sekiranya pihak polis meminta anda memberikan kenyataan 113, anda mesti memberikan butir-butiran anda seperti nama anda, nombor kad pengenalan dsb. dan pastikan anda tahu nama pegawai polis tersebut. Jika terdapat lain-lain soalan, kami BETUL-BETUL nasihatkan anda supaya tidak menjawapnya sehingga hari perbicaraan anda dimahkamah, dan ketika bersama-sama dengan peguam anda. Itu adalah hak anda! Apa sahaja yang anda kata, boleh digunakan untuk menentang anda ataupun rakan-rakan anda. Anda boleh menjawap semua soalan-soalan lain tersebut seperti ini:
S: adakah anda berada di Dataran petang tadi?J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamahS: bagaimana anda datang ke Dataran petang tadi?J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamahS: adakah ibu anda menyediakan bekalan sebelum anda keluar?J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
c. Sekiranya pegawai polis yang mengambil kenyataan anda mengancam anda secara percakapan mahupun kelakuan, anda mestilah berhenti dari memberikan kenyataan anda dengan segera. Bertenang dan beritahunya “Saya tidak boleh meneruskan kenyataan saya kerana awak telah mengancam keselamatan saya. Saya mahu ini dicatatkan kedalam kenyataan saya.” Sekiranya pegawai polis itu tidak mencatatkan bantahan anda tersebut, tunggu sehingga ke akhir kenyataan anda. Tetapi sekiranya pegawai polis tersebut masih terus mengancam anda, tinggalkan bilik tersebut dan beritahu pegawai polis yang lain dan minta ‘perlindungan’ mereka.
d. Apabila anda telah habis menjawap soalan, pegawai polis akan membenarkan anda membaca kenyataan anda tersebut. Dia akan bertanya samada anda mempunyai apa-apa yang ingin ditambah, ditukar atau dipadamkan. Inilah masanya anda membetulkan apa-apa kesilapan atau atau menambah lain-lain komen didalam kenyataan itu. Contohnya, jika anda telah diancam sewaktu soal siasat atau diserang semasa penahanan anda dsb. ini adalah satu lagi peluang untuk anda menyatakannya. Pegawai polis berkenaan mesti menaip semua itu. Anda akan diminta untuk menandatangani kenyataan anda tersebut. Baca semula dengan teliti dan tandatangan sedekat yang boleh dibawah perenggan yang terakhir, supaya tiada siapa yang boleh menokoktambahnya lagi.

8. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Direman)

a. Sekiranya anda tidak mempunyai peguam, anda mesti meminta wakil peguam. Pusat Bantuan Guaman ada menempatkan peguam-peguamnya dimahkamah bagi tujuan ini.
b. Beritahu majistret sekiranya anda ada mempunyai apa-apa rungutan seperti sekiranya anda di pukul, diancam; sekiranya anda sakit, perlukan rawatan perubatan dsb.

9. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Dakwaan)

a. Sekali lagi, anda mesti meminta wakil peguam
b. Pastikan anda mempunyai seseorang untuk menjamin anda keluar. Sekiranya anda tidak dapat menghubungi keluarga atau rakan anda, minta kebenaran dari majistret untuk membantu anda menghubungi keluarga anda. Jika tidak, anda boleh meminta bantuan peguam anda. Keluarga anda akan perlu membawa duit untuk menjamin anda keluar, yang mana mestilah dalam bentuk pembukaan akaun di bank yang terletak paling dekat dengan mahkamah tersebut. Tanya peguam anda atau majistret dimanakah letaknya bank tersebut. Tidak ada bentuk bayaran lain seperti bayaran tunai atau cek yang akan diterima oleh mahkamah.

10. SEKIRANYA ANDA DIPUKUL SEMASA DALAM TAHANAN

a. Selepas anda dibebaskan atas jaminan, pastikan anda pergi ke mana-mana klinik kerajaan atau hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Pastikan anda tahu nama doktor yang bertugas dan nombor rujukan laporan kesihatan anda supaya ia boleh digunakan dimahkamah kemudian.
b. Sekiranya anda masih dalam reman, pastikan anda memberitahu majistret yang berkenaan bahawa anda perlu pergi ke hospital atau ke klinik.

----------------------------------------------------------------------------------------

p/s: siapa nak join aku tengok maharaja lawak minggu nie kat jb?????

Sabtu, 11 Jun 2011

::: Akhirnya...^_^ :::

Assalamualaikum & salam hormat...

AKHIRNYA...aku dah ada mood semula untuk teruskan berblogging atas sebab nak mengembangkan lagi info2 yang aku ada kepada semua..walaupun aku x ada tetapkan blog aku nie utk jenis apa...tpi rasanya aku nak letak aras blog aku nie utk sharekan benda2 yang menjadi info dan bukan untuk korang baca semata-mata..^_^

aku pun sebenarnya dah membebaskan diri aku dari kesibukan yang teramat sangat tu buat masa sekarang..^_^...so dah boleh rileks2 sikit..alhamdulilah....

so kepada komentar2 yang tak jelik2 datang menyinggah blog aku nie, aku nak mintak maaf sebab x dapat nak blogwalking kat blog korang..^_^

p/s: kelantan vs terengganu??? my choice is Kelantan..^_^

Khamis, 2 Jun 2011

::: Barisan Pengurusan Kelab Mymanutd 2011/2011 :::

Assalamualaikum & salam Hormat...

rasenya dh cukup lama aku biarkan blog aku nie berhabuk tahap dewa..hihihi..sekali lagi aku nak cerita pasal bola..hahahaa....so sebagai penutup kekalahan Manchester United hari tu..T_T...aku just nak share profil barisan pengurusan kelab Mymanutd yang rasmi....

kesemua yang ada dalam chart nie adalah orang-orang lama except aku..hihihi...terasa kerdil betul diri aku nie bila diberikan tanggungjawab untuk pegang jawatan dan yang terbaru jadi moderator untuk mymanutd facebook


:::klik untuk paparan lebih jelas:::

nampak tak kat mane aku???pandai-pandai lah cari..hihihi

p/s: siapa-siapa yang boleh tolong bagi semangat kat aku untuk kembali berblogging leh lah roger2.ahahha

Isnin, 23 Mei 2011

::: Manchester United 19th EPL League Celebration :::

Assalamualaikum & Salam Hormat...

memandangkan dah lama x update..so kali nie ak nk update Pasal Kemenangan Manchester United Dalam kancah bola sepak liga inggeris yang ke-19

walaupun rasanya ramai yang x nak baca cerita aku nie, tapi ada aku kesah?ahahhahaha.....

so rasanya untuk season kali nie aku rasa meriah sikit sebab aku dah join satu kelab peminat yang Official iaitu Mymanutd...

banyak pengalaman yang menarik yang aku dapat dari mula menyertai kelab peminat nie....lebih-lebih lagi bila dah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan Southern Representative...^_^


19 and counting...top of the perch...^_^

meriahkan?..ahhaha..so x perlu rasanya nak cerita pasal kemenangan nie sebab nanti ada yang marah pulak...hhahaha..ak share je lah pic2 yg menarik k..



Sabtu, 21 Mei 2011

::: Kenapa??? :::

assalamualaikum & salam hormat semua..

kali nie x ad tips,x ad cerita menarik yang aku nak share kat blog aku nie...huhuhu...cuma apa yang aku nak cerita adalah kenapa aku sekarang dah malas nak update blog nie...

- masa x mengizinkan sebab aktiviti harian yang semakin padat,sendat dan mampat...even nak membalas komen pun dah x menyempat...
-walaupun hari-hari online facebook dan blog, tapi idea x datang sebab mood aku untuk final exam...
- tambahan pulak dengan kerja-kerja yang menimbum, masalah kewangan, bapak aku yang sakit, kawan-kawan buat masalah...so terasa macam nak settlekan dulu semua masalah nie...
- entri-entri yang kadang-kadang mengarut dari blogger-blogger lain(maaf cakap yer..hihi) buatkan aku rasa menyampah sebab masing-masing dah menggedik sesama sendiri...huhuh
-dengan masalah internet yang x setel2 lagi pun antara masalah yg utama..ahhaha..

dan macam jawab soalan essay pulak...so pada korang semua aku mintak maaf sebab x dapat nak aktif macam dulu..nak review blog pun dah x sempat, nak join contest, tag dan sebagainya...tq sbb korang semua support aku...thumbs up!!! GGMU!!(tetiba jer..hahaha)

Khamis, 12 Mei 2011

::: Jom Belajar Cakap Jawa :::

Assalamualaikum & salam hormat..

so tengok tajuk mesti korang dah tau jawa tu apa kan??mesti ada antara korang yang pandai cakap jawa..hihi...walaupun aku berketurunan jawa tapi x ada lah hebat sangat nak cakap bahasa jawa...setakat mengutuk orang tu pandai lah..hahahha...jom kita belajar beberapa bahasa jawa yang biasa...

Anggota badan...

muka = raie
hidung = irung
mata = moto
mulut = cangkem
lidah = ilat
gigi = untu
telinga = kuping
leher = gulu
bahu = pundak
perut = weteng
pusat = udel
kaki = sikil
lutut = dengkul

Ngelakoni panganan ombenan: kelakuan makan, minum...

mangan = makan
madang = makan nasi
medang = sarapan
medang sore = minum petang
macit = minum malam
nyicipi = merasa makanan dengan kadar sedikit
mbadok = makan gelojoh/menterkedarah
milmilan = makan makanan ringan macam keropok/kerepek
ngombey = minum
ngeteh = minum teh kat warung
seripit-seripit = minum sopan/air tu panas sangat


pangkat dalam keluarga....

lanang = lelaki
wedok = wanita
pak/romo = bapa
mak/embok = mak
embah lanang/yai = datuk
embah wedok/nyai = nenek
embah buyut = moyang
paman/pak de / lek lanang = pakcik
bibik/embok de/lek wedok = makcik
kakang = abang
embak ayu = kakak
adik/diaji = adik
adik ragil = adik bongsu
adik sapian = adik kedua bongsu
anak keluwong = anak yang kematian abang/kakak diatasnya dan
kematian adik dibawahnya.
anak = anak
cucu = putu
cicit = putu buyut
oneng-oneng = uget-uget
anak saudara = keponakan/ponak'an
anak tiri = anak kuwalon
adik-beradik = tunggal
suami/isteri = bojo
kawan = konco/bator/batir
jiran = tangga/tonggo
jiran bersaudara = tonggo dulor

cukup lah nie dulu...nanti ada masa aku post lagi..hihihi

p/s: final exam menjelma...study x jugak..

Sabtu, 7 Mei 2011

::: Senarai Pangkat-Pangkat Dalam PDRM :::

Assalamualaikum & salam hormat

mintak maaf sangat pada yang menanti-nanti aku untuk update blog...ad ke???hahahha..orait, x penting lah ada ke x ad..so kali nie aku nak share pulak pasal pangkat-pangkat PDRM ataupun POLIS...^_^

rasanya ada antara korang yang mungkin tau pasal pangkat-pangkat nie..so aku juz share kan gambor je lah yer...ahakz...

klik gambar untuk lebih jelas...

so dah tau kan sekarang...pasni sape-sape abg polis ke kakak polis yang korang jumpa boleh lah panggil pangkat dorg..ahhaa...

nie ada sikit info yang berkaitan:

Hanya Pegawai PDRM berpangkat Insp ke atas yang boleh melakukan pengeledahan tanpa waran di mana-mana premis yang disyaki menjalan kegiatan jenayah. Anggota di bawah pangkat Insp tidak boleh melakukan pengeledahan tanpa waran di premis.

Penting untuk kita meminta anggota yang berpakaian preman menunjukkan kad kuasa mereka sebelum kita memberi sebarang kerjasama untuk mengelakan kita daripada tertipu dengan penjenayah yang menyamar jadi polis.

Kad kuasa polis ada 4 warna;
1. Biru : untuk mereka yang berpangkat Insp dan ke atas
2. Kuning : untuk mereka yang berpangkat bawah daripada Insp (Sub-Insp ke bawah)
3. Putih : untuk polis simpanan (minta bantuan sama ada betul @ salah jawapan saya yang ini)
4. merah x silap aku..ahahhaha

p/s: bila lah nk jumpa bidadari aku nie..hahahha

Jumaat, 29 April 2011

::: Simbol pada botol :::

Assalamualaikum & salam hormat..

entri kali nie aku nak share pasal BOTOL..bukan ANU DALAM B..... k..hahaha...orait, korang mesti tau botol tu macam mana kan..so rasanya x perlu nak bagi tau kan?hihihi...aku cuma nak share simbol yang ada pada botol (biasanya pada bawah botol)...mesti korang pernah perasan kan simbol2 nie...Tapi korang semua tau ke ap maksud simbol tu???...so mari kita luangkan masa sebentar untuk mengetahui apakah maksud disebaliknya..^_^

[Image: Mineral+bottle.jpg]

maksud simbol2 nie adalah jenis botol tersebut..

Biasanya ada tulis kat :

1. Bawah botol plastik
2. Bentuk segitiga
3. Dalam segitiga ada nombor
4. Nama jenis plastik terletak di bawah simbol

JENIS PERTAMA

[Image: Plastic+1.jpg]

PETE atau PET (Polyethylene Terephthalate) . Biasa digunakan untuk botol plastik, berwarna jernih/lut sinar seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman.
Hanya boleh digunakan sekali sahaja. Jika terdapat air panas di dalamnya, ianya akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut meleleh dan mengeluarkan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser.

JENIS KEDUA

[Image: Plastic+3.jpg]

HDPE (High Density Polyethylene) . Biasa dipakai untuk botol susu yang berwarna putih susu, tupperware, serta bekas air minuman. HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat untuk digunakan kerana kemampuannya mencegah reaksi kimia antara plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman. Ia juga hanya elok di pakai sekali sahaja.

JENIS KETIGA

[Image: Plastic+4.jpg]

PVC bermaksud ( Polyvinyl Chloride) . Plastik ini biasanya terdapat pada plastik pembungkus (cling wrap). Elakkan dari menggunakan bahan yang memiliki simbol ini. Reaksi yang terjadi antara PVC dengan makanan berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan. Sebaiknya kita guna pembungkus jenis polietilena atau bahan alam seperti daun pisang.

JENIS KEEMPAT

[Image: Plastic+5.jpg]

LDPE (Low Density Polyethylene) ialah plastik coklat (thermoplastic/diperbuat dari minyak bumi), biasa di gunakan sebagai tempat makanan, bekas plastik, dan botol-botol yang lembik. Barang berbahan LDPE ini sukar dihancurkan tetapi baik untuk tempat makanan.

JENIS KELIMA

[Image: Plastic+6.jpg]

PP (Polypropylene) adalah botol lutsinar biasa yang tidak jernih. Polipropilen lebih kuat dan ringan dengan daya tembus wap yang rendah,ketahanan yang baik terhadap lemak, stabil terhadap suhu tinggi . Jenis ini adalah pilihan bahan plastik terbaik, terutama untuk tempat makanan dan minuman serta yang terpenting botol minum untuk bayi.

JENIS KEENAM

[Image: Plastic+7.jpg]

PS (Polystyrene) biasa digunakan sebagai tempat makan styrofoam, tempat minum sekali pakai dan lain-lain. PS merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene ke dalam makanan ketika bersentuhan dengan bahan tersebut. Selain tempat makanan, styrene juga terdapat dari asap rokok, asap kenderaan dan bahan konstruksi gedung. Bahan ini harus dihindari, kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak ia juga mengganggu hormon estrogen pada wanita yang mengakibatkan masalah reproduksi, pertumbuhan dan sistem saraf. Ketika dibakar, bahan ini akan mengeluarkan api berwarna kuning jingga dan meninggalkan jelaga.

JENIS KETUJUH

[Image: Plastic+8.jpg]

Angka 7 di tengahnya, serta tulisan OTHER. Untuk jenis plastik 7 Other ini ada 4 jenis iaitu:
1. SAN - styrene acrylonitrile
2. ABS - acrylonitrile butadience styrene
3. PC - polycarbonate
4. Nylon

PANDUAN KEPADA PENGGUNA!!!

1. Simbol berangka 1, 3, 6 dan 7 (PC), seluruhnya memiliki bahaya secara kimia. Gunakan hanya sekali pakai.

2. Selamat jika menggunakan plastik bersimbol 2, 4, 5 dan 7 ( SAN atau ABS)

3. Hindari penggunaan botol lastik untuk menyimpan air minuman. Jika penggunaan botol plastik berbahan PET (simbol 1) dan HDPE (simbol 2) , tidak dapat dielakkan, dan gunakanlah untuk sekali pakai. Gantilah dengan botol stainless steel atau gelas/kaca.

4. Cegahlah memanaskan makanan yang disimpan dalam plastik khususnya pada oven. Bungkuslah terlebih dahulu makanan dengan daun pisang atau kertas sebelum dibungkus dengan plstik pembungkus ketika dipanaskan dalam mikrowave.

p/s: duduk makan pun nak bergosip..aishhhh..x phm dengan perempuan..ahhaha

Khamis, 21 April 2011

::: Koleksi Kecil-kecilan :::

Assalamualaikum & salam hormat..

entri kali nie tidak ada kaitan langsung dengan ingin membakor mana2 pihak.hihihi

aku pun sebenarnya dah kebosanan tahap dewa je nie..so aku kali nie just nak share kan beberapa helai koleksi jersi Manchester United yang aku ada...aku beli pakai duit aku dan yang penting ORIGINAL..^_^

Sebenarnya aku memang ada lagi kumpul jersi-jersi lain macam jersi Malaysia dan Negara-negara lain termasuk Jersi Team Bola yang aku pernah main..ihihihi...

Manchester United Home 10/11

Manchester United Home 09/10

Manchester United Home 07/09

Manchester United Away 08/09

Manchester United 3rd kit 08/09 UCL

Manchester United 06/07 Home

Manchester United Away 97/99

Manchester United Away 93/95

nie je lah yang aku mampu collect dan ambil gambor..hihih..

p/s: aku x pernah pakai jersi MU buat sembahyang k..^_^

Selasa, 19 April 2011

::: 731 individu bunuh diri sejak 2007 :::


Assalamualaikum & salam hormat..

terasa bosan pulak bila duduk depan lappy lama2 nie..hihii...so kali nie aku just nak share berita hari nie yang agak menarik pada aku...hihihi

----------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR: Bagi tempoh tiga tahun sejak 2007, seramai 731 individu dilaporkan telah membunuh diri di negara ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.


Beliau berkata, angka itu membabitkan 545 lelaki dan 186 wanita, manakala Daftar Statistik Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia pula menunjukkan 321 kes membabitkan pasangan berkahwin, 29 bercerai, 34 balu dan 298 kes golongan bujang.Bunuh diri boleh berlaku akibat beberapa penyebab yang berkait seperti faktor biologi, genetik, psikologi, sosioekonomi, budaya dan persekitaran dengan faktor kemiskinan, tiada pekerjaan, kegagalan akademik, hutang dan putus hubungan romantik juga menyumbang kepada kejadian itu."Gangguan bunuh diri atau psikiatri seperti kemurungan, skizofrenia, penyalahgunaan substans dan alkohol dan gangguan personaliti juga boleh mendorong kepada pelakuan bunuh diri," katanya menjawab soalan tambahan Senator Usha Nandhini di Dewan Negara, di sini hari ini.

Bagi mengatasi masalah itu, Rosnah berkata, kementeriannya melaksanakan beberapa langkah pencegahan dan perawatan awal seperti kempen Promosi Kesihatan Mental dan Advokasi, menerbitkan risalah tentang kesihatan mental dan mewujudkan laman web bagi memberi maklumat kepada orang ramai mengenai gejala terbabit.

Selain itu, beliau berkata, kementerian juga membangunkan Pelan Strategik Kebangsaan Pencegahan Bunuh Diri.

"Kementerian juga menyediakan Garis Panduan Pelaporan Media tentang bunuh diri sejak 2005, yang kejadian bunuh diri tidak seharusnya dilaporkan di bahagian muka hadapan surat khabar," katanya.
Mengenai rawatan susulan selepas pesakit mental disahkan stabil, Rosnah berkata, perkhidmatan itu ditawarkan di 671 klinik kesihatan seluruh negara dengan 26 klinik menawarkan perkhidmatan pemulihan psikososial bagi meningkatkan kefungsian psikososial pesakit mental.

Katanya, ia bagi membolehkan pesakit-pesakit yang telah tamat rawatan di hospital terus menerima rawatan di peringkat komuniti sebagai pesakit luar di klinik-klinik kesihatan berdekatan kediaman mereka.

"Kementerian juga menyediakan perkhidmatan psikiatri di empat buah institusi mental dan 42 hospital kerajaan yang disertakan bersama 124 pakar dalam bidang itu," katanya. - BERNAMA


--------------------------------------------------------------------------------------------

so pada aku benda nie walaupun salah sangat2 dari segi hukum agama, tapi masih lagi menjadi masalah utama negara kita...ap masalah pun bukan x ada penyelesaian...sekarang pun masalah mental dah ramai yang kena...so jaga lah diri baik2..jangan terlalu memberi tekanan dalam diri tu..bawa2 lah berdoa...^_^

Kredit to: berita harian

p/s: Nak upload video aku nyanyi pasni..hahaha

Jumaat, 15 April 2011

::: Anak Kecil Beraksi Dalam Aksi Drift :::

Asalamualaikum & salam hormat..

mesti ramai yang beriya-iya nak tengok aksi tu kan..hahaha...aku tipu je sebenarnya...hahaha

orait..korang ingat tak lagi pasal entri toyol ditemui dulu...yang mana follow aku punya blog dari dulu mungkin ingat lagi kot...cerita pasal dua budak kecik yang kepala botak ala-ala upin-ipin tu.hahahah...


so kali nie pun aku x nak ngaku dorg nie ada kena mengena dengan aku atau x..hihih...korang tengok lah sendiri video nie ok...budak kecik nie nama nya haziq..umur baru setahun lebey...

video

p/s: pasni nak buat lagu..lalalalal

Selasa, 12 April 2011

::: Review Blog Si Sengal Yang Jiwang :::

Asalamualaikum & salam hormat

bertemu kita sekali lagi dalam segmen review mereview blog orang..haahaha..skema gila seyh...

orait kengkawan semua...kali nie aku nak perkenalkan sebuah blog yang telah berjaya menjadi follower aku yang ke 400...

diam tak diam dah 400 rupanya..walaupun dah tak mengupdate seperti dulu kala...al-maklumlah sibuk dengan perancangan masa depan..ihihih

ok..follower ku yang 400 kali nie juga adalah seorang blogger wanita...dari 100, 200, 300 dengan 400 semua perempuan..ada apa ke ek?hahhaha...


aku memang saja je upload pic nie kecik sebab ikut orang dia jugak kecik molek..hahahaha...

orait2..sebelum aku dibelasah aku nak korang semua terjah blogger yang digelar bella bell nie...blog dia memang nampak ceria dan pengisian yang menghiburkan...dia pun rasanya orang lama dalam dunia blogger nie...so korang pun rasanya kenal kot dia nie...hihihih

p/s: nanti jangan lupa tuntut hadiah..hadiah yang sedia ada yang disponsor oleh kawan aku tu dah hilang ntah kemana..hahhaa....