Jumaat, 29 April 2011

::: Simbol pada botol :::

Assalamualaikum & salam hormat..

entri kali nie aku nak share pasal BOTOL..bukan ANU DALAM B..... k..hahaha...orait, korang mesti tau botol tu macam mana kan..so rasanya x perlu nak bagi tau kan?hihihi...aku cuma nak share simbol yang ada pada botol (biasanya pada bawah botol)...mesti korang pernah perasan kan simbol2 nie...Tapi korang semua tau ke ap maksud simbol tu???...so mari kita luangkan masa sebentar untuk mengetahui apakah maksud disebaliknya..^_^

[Image: Mineral+bottle.jpg]

maksud simbol2 nie adalah jenis botol tersebut..

Biasanya ada tulis kat :

1. Bawah botol plastik
2. Bentuk segitiga
3. Dalam segitiga ada nombor
4. Nama jenis plastik terletak di bawah simbol

JENIS PERTAMA

[Image: Plastic+1.jpg]

PETE atau PET (Polyethylene Terephthalate) . Biasa digunakan untuk botol plastik, berwarna jernih/lut sinar seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman.
Hanya boleh digunakan sekali sahaja. Jika terdapat air panas di dalamnya, ianya akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut meleleh dan mengeluarkan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser.

JENIS KEDUA

[Image: Plastic+3.jpg]

HDPE (High Density Polyethylene) . Biasa dipakai untuk botol susu yang berwarna putih susu, tupperware, serta bekas air minuman. HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat untuk digunakan kerana kemampuannya mencegah reaksi kimia antara plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman. Ia juga hanya elok di pakai sekali sahaja.

JENIS KETIGA

[Image: Plastic+4.jpg]

PVC bermaksud ( Polyvinyl Chloride) . Plastik ini biasanya terdapat pada plastik pembungkus (cling wrap). Elakkan dari menggunakan bahan yang memiliki simbol ini. Reaksi yang terjadi antara PVC dengan makanan berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan. Sebaiknya kita guna pembungkus jenis polietilena atau bahan alam seperti daun pisang.

JENIS KEEMPAT

[Image: Plastic+5.jpg]

LDPE (Low Density Polyethylene) ialah plastik coklat (thermoplastic/diperbuat dari minyak bumi), biasa di gunakan sebagai tempat makanan, bekas plastik, dan botol-botol yang lembik. Barang berbahan LDPE ini sukar dihancurkan tetapi baik untuk tempat makanan.

JENIS KELIMA

[Image: Plastic+6.jpg]

PP (Polypropylene) adalah botol lutsinar biasa yang tidak jernih. Polipropilen lebih kuat dan ringan dengan daya tembus wap yang rendah,ketahanan yang baik terhadap lemak, stabil terhadap suhu tinggi . Jenis ini adalah pilihan bahan plastik terbaik, terutama untuk tempat makanan dan minuman serta yang terpenting botol minum untuk bayi.

JENIS KEENAM

[Image: Plastic+7.jpg]

PS (Polystyrene) biasa digunakan sebagai tempat makan styrofoam, tempat minum sekali pakai dan lain-lain. PS merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene ke dalam makanan ketika bersentuhan dengan bahan tersebut. Selain tempat makanan, styrene juga terdapat dari asap rokok, asap kenderaan dan bahan konstruksi gedung. Bahan ini harus dihindari, kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak ia juga mengganggu hormon estrogen pada wanita yang mengakibatkan masalah reproduksi, pertumbuhan dan sistem saraf. Ketika dibakar, bahan ini akan mengeluarkan api berwarna kuning jingga dan meninggalkan jelaga.

JENIS KETUJUH

[Image: Plastic+8.jpg]

Angka 7 di tengahnya, serta tulisan OTHER. Untuk jenis plastik 7 Other ini ada 4 jenis iaitu:
1. SAN - styrene acrylonitrile
2. ABS - acrylonitrile butadience styrene
3. PC - polycarbonate
4. Nylon

PANDUAN KEPADA PENGGUNA!!!

1. Simbol berangka 1, 3, 6 dan 7 (PC), seluruhnya memiliki bahaya secara kimia. Gunakan hanya sekali pakai.

2. Selamat jika menggunakan plastik bersimbol 2, 4, 5 dan 7 ( SAN atau ABS)

3. Hindari penggunaan botol lastik untuk menyimpan air minuman. Jika penggunaan botol plastik berbahan PET (simbol 1) dan HDPE (simbol 2) , tidak dapat dielakkan, dan gunakanlah untuk sekali pakai. Gantilah dengan botol stainless steel atau gelas/kaca.

4. Cegahlah memanaskan makanan yang disimpan dalam plastik khususnya pada oven. Bungkuslah terlebih dahulu makanan dengan daun pisang atau kertas sebelum dibungkus dengan plstik pembungkus ketika dipanaskan dalam mikrowave.

p/s: duduk makan pun nak bergosip..aishhhh..x phm dengan perempuan..ahhaha

Khamis, 21 April 2011

::: Koleksi Kecil-kecilan :::

Assalamualaikum & salam hormat..

entri kali nie tidak ada kaitan langsung dengan ingin membakor mana2 pihak.hihihi

aku pun sebenarnya dah kebosanan tahap dewa je nie..so aku kali nie just nak share kan beberapa helai koleksi jersi Manchester United yang aku ada...aku beli pakai duit aku dan yang penting ORIGINAL..^_^

Sebenarnya aku memang ada lagi kumpul jersi-jersi lain macam jersi Malaysia dan Negara-negara lain termasuk Jersi Team Bola yang aku pernah main..ihihihi...

Manchester United Home 10/11

Manchester United Home 09/10

Manchester United Home 07/09

Manchester United Away 08/09

Manchester United 3rd kit 08/09 UCL

Manchester United 06/07 Home

Manchester United Away 97/99

Manchester United Away 93/95

nie je lah yang aku mampu collect dan ambil gambor..hihih..

p/s: aku x pernah pakai jersi MU buat sembahyang k..^_^

Selasa, 19 April 2011

::: 731 individu bunuh diri sejak 2007 :::


Assalamualaikum & salam hormat..

terasa bosan pulak bila duduk depan lappy lama2 nie..hihii...so kali nie aku just nak share berita hari nie yang agak menarik pada aku...hihihi

----------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR: Bagi tempoh tiga tahun sejak 2007, seramai 731 individu dilaporkan telah membunuh diri di negara ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.


Beliau berkata, angka itu membabitkan 545 lelaki dan 186 wanita, manakala Daftar Statistik Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia pula menunjukkan 321 kes membabitkan pasangan berkahwin, 29 bercerai, 34 balu dan 298 kes golongan bujang.Bunuh diri boleh berlaku akibat beberapa penyebab yang berkait seperti faktor biologi, genetik, psikologi, sosioekonomi, budaya dan persekitaran dengan faktor kemiskinan, tiada pekerjaan, kegagalan akademik, hutang dan putus hubungan romantik juga menyumbang kepada kejadian itu."Gangguan bunuh diri atau psikiatri seperti kemurungan, skizofrenia, penyalahgunaan substans dan alkohol dan gangguan personaliti juga boleh mendorong kepada pelakuan bunuh diri," katanya menjawab soalan tambahan Senator Usha Nandhini di Dewan Negara, di sini hari ini.

Bagi mengatasi masalah itu, Rosnah berkata, kementeriannya melaksanakan beberapa langkah pencegahan dan perawatan awal seperti kempen Promosi Kesihatan Mental dan Advokasi, menerbitkan risalah tentang kesihatan mental dan mewujudkan laman web bagi memberi maklumat kepada orang ramai mengenai gejala terbabit.

Selain itu, beliau berkata, kementerian juga membangunkan Pelan Strategik Kebangsaan Pencegahan Bunuh Diri.

"Kementerian juga menyediakan Garis Panduan Pelaporan Media tentang bunuh diri sejak 2005, yang kejadian bunuh diri tidak seharusnya dilaporkan di bahagian muka hadapan surat khabar," katanya.
Mengenai rawatan susulan selepas pesakit mental disahkan stabil, Rosnah berkata, perkhidmatan itu ditawarkan di 671 klinik kesihatan seluruh negara dengan 26 klinik menawarkan perkhidmatan pemulihan psikososial bagi meningkatkan kefungsian psikososial pesakit mental.

Katanya, ia bagi membolehkan pesakit-pesakit yang telah tamat rawatan di hospital terus menerima rawatan di peringkat komuniti sebagai pesakit luar di klinik-klinik kesihatan berdekatan kediaman mereka.

"Kementerian juga menyediakan perkhidmatan psikiatri di empat buah institusi mental dan 42 hospital kerajaan yang disertakan bersama 124 pakar dalam bidang itu," katanya. - BERNAMA


--------------------------------------------------------------------------------------------

so pada aku benda nie walaupun salah sangat2 dari segi hukum agama, tapi masih lagi menjadi masalah utama negara kita...ap masalah pun bukan x ada penyelesaian...sekarang pun masalah mental dah ramai yang kena...so jaga lah diri baik2..jangan terlalu memberi tekanan dalam diri tu..bawa2 lah berdoa...^_^

Kredit to: berita harian

p/s: Nak upload video aku nyanyi pasni..hahaha

Jumaat, 15 April 2011

::: Anak Kecil Beraksi Dalam Aksi Drift :::

Asalamualaikum & salam hormat..

mesti ramai yang beriya-iya nak tengok aksi tu kan..hahaha...aku tipu je sebenarnya...hahaha

orait..korang ingat tak lagi pasal entri toyol ditemui dulu...yang mana follow aku punya blog dari dulu mungkin ingat lagi kot...cerita pasal dua budak kecik yang kepala botak ala-ala upin-ipin tu.hahahah...


so kali nie pun aku x nak ngaku dorg nie ada kena mengena dengan aku atau x..hihih...korang tengok lah sendiri video nie ok...budak kecik nie nama nya haziq..umur baru setahun lebey...

video

p/s: pasni nak buat lagu..lalalalal

Selasa, 12 April 2011

::: Review Blog Si Sengal Yang Jiwang :::

Asalamualaikum & salam hormat

bertemu kita sekali lagi dalam segmen review mereview blog orang..haahaha..skema gila seyh...

orait kengkawan semua...kali nie aku nak perkenalkan sebuah blog yang telah berjaya menjadi follower aku yang ke 400...

diam tak diam dah 400 rupanya..walaupun dah tak mengupdate seperti dulu kala...al-maklumlah sibuk dengan perancangan masa depan..ihihih

ok..follower ku yang 400 kali nie juga adalah seorang blogger wanita...dari 100, 200, 300 dengan 400 semua perempuan..ada apa ke ek?hahhaha...


aku memang saja je upload pic nie kecik sebab ikut orang dia jugak kecik molek..hahahaha...

orait2..sebelum aku dibelasah aku nak korang semua terjah blogger yang digelar bella bell nie...blog dia memang nampak ceria dan pengisian yang menghiburkan...dia pun rasanya orang lama dalam dunia blogger nie...so korang pun rasanya kenal kot dia nie...hihihih

p/s: nanti jangan lupa tuntut hadiah..hadiah yang sedia ada yang disponsor oleh kawan aku tu dah hilang ntah kemana..hahhaa....

Sabtu, 9 April 2011

::: Seronok bersukan :::

Asalamualaikum & salam hormat...

akhirnya setelah seminggu dapat jugak aku update blog aku..maklumlah kan bisnes banyak sangat sampai x ada masa nak update blog..hihihih

kali nie aku nak cerita pasal pertandingan futsal yang baru aku sertai baru-baru nie...


bukannya apa, sebenarnya dah lama aku x masuk pertandingan futsal...selalu main friendly je...x tau lah kenapa tiba-tiba pulak nak tergerak hati kumpul budak2 untuk masuk tournament...


tapi ntah macam mane boleh pulak terselit kaler baju jersi yang sama dengan kita orang..hihihi

hehehhe..sebenarnya dorg nie pun team bola jaring program kita orang jugak...walaupun x plan nak baju kaler hijau tapi tetiba pulak boleh same..

orait..followers aku pun x jejak2 lagi 400.hihihi....so tunggu je lah kan.hahaha

p/s: jom jalan..malam nie jangan lupa tgok match Manchester lawan.hahahah

Ahad, 3 April 2011

::: mencari Follower ke-400 :::

Assalamualaikum & salam hormat semua...

so entri kali nie pendek je..ahhhaa...korg mesti paham kenapa makin lama makin x ad isi dalam entri aku...sebabnya banyak sangat..hahaha

orait, so kali nie aku nak cri follower yg ke-400..bukan untuk mencari jodoh atau pun sebagainya...aku cuma nak berikan sesuatu yang menarik kepada follower aku yang 400 nie..hihihi...

hadiahnya nanti aku beritahu..biasa-biasa je..x ada lah macam hadiah contest korang tu kan.hahaha

p/s: nak buat tab untuk blog aku nie..tapi x ad idea..ahhaha