Isnin, 23 Mei 2011

::: Manchester United 19th EPL League Celebration :::

Assalamualaikum & Salam Hormat...

memandangkan dah lama x update..so kali nie ak nk update Pasal Kemenangan Manchester United Dalam kancah bola sepak liga inggeris yang ke-19

walaupun rasanya ramai yang x nak baca cerita aku nie, tapi ada aku kesah?ahahhahaha.....

so rasanya untuk season kali nie aku rasa meriah sikit sebab aku dah join satu kelab peminat yang Official iaitu Mymanutd...

banyak pengalaman yang menarik yang aku dapat dari mula menyertai kelab peminat nie....lebih-lebih lagi bila dah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan Southern Representative...^_^


19 and counting...top of the perch...^_^

meriahkan?..ahhaha..so x perlu rasanya nak cerita pasal kemenangan nie sebab nanti ada yang marah pulak...hhahaha..ak share je lah pic2 yg menarik k..



Sabtu, 21 Mei 2011

::: Kenapa??? :::

assalamualaikum & salam hormat semua..

kali nie x ad tips,x ad cerita menarik yang aku nak share kat blog aku nie...huhuhu...cuma apa yang aku nak cerita adalah kenapa aku sekarang dah malas nak update blog nie...

- masa x mengizinkan sebab aktiviti harian yang semakin padat,sendat dan mampat...even nak membalas komen pun dah x menyempat...
-walaupun hari-hari online facebook dan blog, tapi idea x datang sebab mood aku untuk final exam...
- tambahan pulak dengan kerja-kerja yang menimbum, masalah kewangan, bapak aku yang sakit, kawan-kawan buat masalah...so terasa macam nak settlekan dulu semua masalah nie...
- entri-entri yang kadang-kadang mengarut dari blogger-blogger lain(maaf cakap yer..hihi) buatkan aku rasa menyampah sebab masing-masing dah menggedik sesama sendiri...huhuh
-dengan masalah internet yang x setel2 lagi pun antara masalah yg utama..ahhaha..

dan macam jawab soalan essay pulak...so pada korang semua aku mintak maaf sebab x dapat nak aktif macam dulu..nak review blog pun dah x sempat, nak join contest, tag dan sebagainya...tq sbb korang semua support aku...thumbs up!!! GGMU!!(tetiba jer..hahaha)

Khamis, 12 Mei 2011

::: Jom Belajar Cakap Jawa :::

Assalamualaikum & salam hormat..

so tengok tajuk mesti korang dah tau jawa tu apa kan??mesti ada antara korang yang pandai cakap jawa..hihi...walaupun aku berketurunan jawa tapi x ada lah hebat sangat nak cakap bahasa jawa...setakat mengutuk orang tu pandai lah..hahahha...jom kita belajar beberapa bahasa jawa yang biasa...

Anggota badan...

muka = raie
hidung = irung
mata = moto
mulut = cangkem
lidah = ilat
gigi = untu
telinga = kuping
leher = gulu
bahu = pundak
perut = weteng
pusat = udel
kaki = sikil
lutut = dengkul

Ngelakoni panganan ombenan: kelakuan makan, minum...

mangan = makan
madang = makan nasi
medang = sarapan
medang sore = minum petang
macit = minum malam
nyicipi = merasa makanan dengan kadar sedikit
mbadok = makan gelojoh/menterkedarah
milmilan = makan makanan ringan macam keropok/kerepek
ngombey = minum
ngeteh = minum teh kat warung
seripit-seripit = minum sopan/air tu panas sangat


pangkat dalam keluarga....

lanang = lelaki
wedok = wanita
pak/romo = bapa
mak/embok = mak
embah lanang/yai = datuk
embah wedok/nyai = nenek
embah buyut = moyang
paman/pak de / lek lanang = pakcik
bibik/embok de/lek wedok = makcik
kakang = abang
embak ayu = kakak
adik/diaji = adik
adik ragil = adik bongsu
adik sapian = adik kedua bongsu
anak keluwong = anak yang kematian abang/kakak diatasnya dan
kematian adik dibawahnya.
anak = anak
cucu = putu
cicit = putu buyut
oneng-oneng = uget-uget
anak saudara = keponakan/ponak'an
anak tiri = anak kuwalon
adik-beradik = tunggal
suami/isteri = bojo
kawan = konco/bator/batir
jiran = tangga/tonggo
jiran bersaudara = tonggo dulor

cukup lah nie dulu...nanti ada masa aku post lagi..hihihi

p/s: final exam menjelma...study x jugak..

Sabtu, 7 Mei 2011

::: Senarai Pangkat-Pangkat Dalam PDRM :::

Assalamualaikum & salam hormat

mintak maaf sangat pada yang menanti-nanti aku untuk update blog...ad ke???hahahha..orait, x penting lah ada ke x ad..so kali nie aku nak share pulak pasal pangkat-pangkat PDRM ataupun POLIS...^_^

rasanya ada antara korang yang mungkin tau pasal pangkat-pangkat nie..so aku juz share kan gambor je lah yer...ahakz...

klik gambar untuk lebih jelas...

so dah tau kan sekarang...pasni sape-sape abg polis ke kakak polis yang korang jumpa boleh lah panggil pangkat dorg..ahhaa...

nie ada sikit info yang berkaitan:

Hanya Pegawai PDRM berpangkat Insp ke atas yang boleh melakukan pengeledahan tanpa waran di mana-mana premis yang disyaki menjalan kegiatan jenayah. Anggota di bawah pangkat Insp tidak boleh melakukan pengeledahan tanpa waran di premis.

Penting untuk kita meminta anggota yang berpakaian preman menunjukkan kad kuasa mereka sebelum kita memberi sebarang kerjasama untuk mengelakan kita daripada tertipu dengan penjenayah yang menyamar jadi polis.

Kad kuasa polis ada 4 warna;
1. Biru : untuk mereka yang berpangkat Insp dan ke atas
2. Kuning : untuk mereka yang berpangkat bawah daripada Insp (Sub-Insp ke bawah)
3. Putih : untuk polis simpanan (minta bantuan sama ada betul @ salah jawapan saya yang ini)
4. merah x silap aku..ahahhaha

p/s: bila lah nk jumpa bidadari aku nie..hahahha

Jumaat, 29 April 2011

::: Simbol pada botol :::

Assalamualaikum & salam hormat..

entri kali nie aku nak share pasal BOTOL..bukan ANU DALAM B..... k..hahaha...orait, korang mesti tau botol tu macam mana kan..so rasanya x perlu nak bagi tau kan?hihihi...aku cuma nak share simbol yang ada pada botol (biasanya pada bawah botol)...mesti korang pernah perasan kan simbol2 nie...Tapi korang semua tau ke ap maksud simbol tu???...so mari kita luangkan masa sebentar untuk mengetahui apakah maksud disebaliknya..^_^

[Image: Mineral+bottle.jpg]

maksud simbol2 nie adalah jenis botol tersebut..

Biasanya ada tulis kat :

1. Bawah botol plastik
2. Bentuk segitiga
3. Dalam segitiga ada nombor
4. Nama jenis plastik terletak di bawah simbol

JENIS PERTAMA

[Image: Plastic+1.jpg]

PETE atau PET (Polyethylene Terephthalate) . Biasa digunakan untuk botol plastik, berwarna jernih/lut sinar seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman.
Hanya boleh digunakan sekali sahaja. Jika terdapat air panas di dalamnya, ianya akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut meleleh dan mengeluarkan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser.

JENIS KEDUA

[Image: Plastic+3.jpg]

HDPE (High Density Polyethylene) . Biasa dipakai untuk botol susu yang berwarna putih susu, tupperware, serta bekas air minuman. HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang selamat untuk digunakan kerana kemampuannya mencegah reaksi kimia antara plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman. Ia juga hanya elok di pakai sekali sahaja.

JENIS KETIGA

[Image: Plastic+4.jpg]

PVC bermaksud ( Polyvinyl Chloride) . Plastik ini biasanya terdapat pada plastik pembungkus (cling wrap). Elakkan dari menggunakan bahan yang memiliki simbol ini. Reaksi yang terjadi antara PVC dengan makanan berpotensi berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan. Sebaiknya kita guna pembungkus jenis polietilena atau bahan alam seperti daun pisang.

JENIS KEEMPAT

[Image: Plastic+5.jpg]

LDPE (Low Density Polyethylene) ialah plastik coklat (thermoplastic/diperbuat dari minyak bumi), biasa di gunakan sebagai tempat makanan, bekas plastik, dan botol-botol yang lembik. Barang berbahan LDPE ini sukar dihancurkan tetapi baik untuk tempat makanan.

JENIS KELIMA

[Image: Plastic+6.jpg]

PP (Polypropylene) adalah botol lutsinar biasa yang tidak jernih. Polipropilen lebih kuat dan ringan dengan daya tembus wap yang rendah,ketahanan yang baik terhadap lemak, stabil terhadap suhu tinggi . Jenis ini adalah pilihan bahan plastik terbaik, terutama untuk tempat makanan dan minuman serta yang terpenting botol minum untuk bayi.

JENIS KEENAM

[Image: Plastic+7.jpg]

PS (Polystyrene) biasa digunakan sebagai tempat makan styrofoam, tempat minum sekali pakai dan lain-lain. PS merupakan polimer aromatik yang dapat mengeluarkan bahan styrene ke dalam makanan ketika bersentuhan dengan bahan tersebut. Selain tempat makanan, styrene juga terdapat dari asap rokok, asap kenderaan dan bahan konstruksi gedung. Bahan ini harus dihindari, kerana selain berbahaya untuk kesihatan otak ia juga mengganggu hormon estrogen pada wanita yang mengakibatkan masalah reproduksi, pertumbuhan dan sistem saraf. Ketika dibakar, bahan ini akan mengeluarkan api berwarna kuning jingga dan meninggalkan jelaga.

JENIS KETUJUH

[Image: Plastic+8.jpg]

Angka 7 di tengahnya, serta tulisan OTHER. Untuk jenis plastik 7 Other ini ada 4 jenis iaitu:
1. SAN - styrene acrylonitrile
2. ABS - acrylonitrile butadience styrene
3. PC - polycarbonate
4. Nylon

PANDUAN KEPADA PENGGUNA!!!

1. Simbol berangka 1, 3, 6 dan 7 (PC), seluruhnya memiliki bahaya secara kimia. Gunakan hanya sekali pakai.

2. Selamat jika menggunakan plastik bersimbol 2, 4, 5 dan 7 ( SAN atau ABS)

3. Hindari penggunaan botol lastik untuk menyimpan air minuman. Jika penggunaan botol plastik berbahan PET (simbol 1) dan HDPE (simbol 2) , tidak dapat dielakkan, dan gunakanlah untuk sekali pakai. Gantilah dengan botol stainless steel atau gelas/kaca.

4. Cegahlah memanaskan makanan yang disimpan dalam plastik khususnya pada oven. Bungkuslah terlebih dahulu makanan dengan daun pisang atau kertas sebelum dibungkus dengan plstik pembungkus ketika dipanaskan dalam mikrowave.

p/s: duduk makan pun nak bergosip..aishhhh..x phm dengan perempuan..ahhaha

Khamis, 21 April 2011

::: Koleksi Kecil-kecilan :::

Assalamualaikum & salam hormat..

entri kali nie tidak ada kaitan langsung dengan ingin membakor mana2 pihak.hihihi

aku pun sebenarnya dah kebosanan tahap dewa je nie..so aku kali nie just nak share kan beberapa helai koleksi jersi Manchester United yang aku ada...aku beli pakai duit aku dan yang penting ORIGINAL..^_^

Sebenarnya aku memang ada lagi kumpul jersi-jersi lain macam jersi Malaysia dan Negara-negara lain termasuk Jersi Team Bola yang aku pernah main..ihihihi...

Manchester United Home 10/11

Manchester United Home 09/10

Manchester United Home 07/09

Manchester United Away 08/09

Manchester United 3rd kit 08/09 UCL

Manchester United 06/07 Home

Manchester United Away 97/99

Manchester United Away 93/95

nie je lah yang aku mampu collect dan ambil gambor..hihih..

p/s: aku x pernah pakai jersi MU buat sembahyang k..^_^