Isnin, 13 Jun 2011

::: Anda ditahan Polis?? :::


Assalamualaikum & Salam Hormat...

Sebentar tadi aku dapat berita dari kawan aku punya kawan yang kawan aku kena tahan polis...so sekarang dia ada kat balai polis...^_^...tapi korang jangan ingat dia penjenayah..cuma dia jadi saksi kejadian jer..^_^..

so memandangkan rasanya ramai yang x ada pengalaman ditahan polis, jadi tadi aku geledah2 kat internet..terjumpa satu artikel nie...mungkin nampak macam panjang, tapi boleh jadi panduan utk korang...malang x berbau..hihi..dan jangan sampai tertipu nnt...^_^

------------------------------------------------------------------------------------

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis.

1. BAGAIMANA MENDEFINASIKAN ISTILAH ‘DITAHAN’? HANYA APABILA …

a. Polis berkata kepada anda, “Anda ditahan”
b. Polis menggari tangan anda
c. Anda dilarang dari meninggalkan sesebuah bilik, kawasan atau sebagainya oleh pihak polis

2. BAGAIMANA SEKIRANYA ANDA DITAHAN OLEH PIHAK POLIS (semasa berjalan, memandu pulang dsb.)

a. Anda mungkin akan disoal. HANYA berikan butir-butiran diri anda seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat. Anda juga mungkin akan diminta menunjukkan kad pengenalan diri anda.
b. Anda tidak perlu menjawap lain-lain soalan.
c. Biasakan bertanya pengenalan diri polis yang berkenaan. Sentiasa catatkan nama dan nombor kad pengenalan mereka.
d. Catatkan nombor kenderaan ronda mereka

3. JIKA ANDA DITANYA LAIN-LAIN SOALAN

a. Tanya kepada polis berkenaan, “Adakah saya ditahan?”
b. Sekiranya mereka berkata “Ya”, jangan menjawap apa-apa lagi soalan yang diajukan kepada anda. Adalah menjadi hak anda untuk menjawap apabila berada di mahkamah sahaja.
c. Sekiranya mereka berkata “Tidak”, anda boleh beredar pada bila-bila masa sahaja.

4. JIKA ANDA DITAHAN
a. Beritahu orang-orang yang berhampiran dengan anda.
b. Sekiranya anda mempunyai telefon bimbit, telefon rakan, keluarga atau peguam anda. Sekiranya anda ditahan di kawasan diantara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka, besar kemungkinan anda akan dibawa ke balai polis Dang Wangi (Stadium) dan balai polis Campbell. Minta kawan anda, keluarga atau peguam anda pergi ke balai polis Dang Wangi dahulu untuk mengesahkan penangkapan anda dan dimana anda berada.
c. Catatkan / ingatkan waktu anda ditahan

5. KETIKA DITAHAN, PIHAK POLIS MESTI MEMBERITAHU ANDA

a. Mengapa anda ditahan

6. SELEPAS DITAHAN

a. Pihak polis hanya boleh menahan anda didalam lokap selama 24 jam sahaja, tidak kira samada pada hari cuti am atau pada hujung minggu. Ini adalah hak PERLEMBAGAAN anda. Selepas tempoh masa 24 jam berakhir, pihak polis mesti membawa anda ke hadapan majistret untuk direman (dimana anda mesti tinggal di lokap polis bagi ‘membantu’ siasatan mereka). Jika tidak, anda akan dilepaskan samada atas jaminan (jamin mulut) atau akan didakwa di mahkamah. Sebaik sahaja didakwa, anda perlukan penjamin dan wang jaminan kecuali ianya bukan dakwaan yang berjamin
b. Anda tidak boleh membawa sebarangan barang-barang ke lokap kecuali pakaian yang sedang anda pakai ketika itu. Apabila pihak polis mengambil barang-barang anda, anda mesti menurunkan tandatangan untuknya. Sekiranya anda mempunyai wang atau kad bank / kredit, pastikan anda mengira duit anda dan pastikan polis tersebut mencatatkan jumlah yang anda ada, dan apa kad bank / kredit yang anda miliki.
c. Anda mungkin diminta memberi kenyataan 113 (kenyataan peringatan). Pegawai polis yang mengambil kenyataan tersebut mestilah membacakan hak-hak anda

7. SOAL SIASAT POLIS

a. Berhati-hatilah semasa menjawap soalan-soalan yang diajukan oleh pihak polis. Ia mungkin dalam bentuk soalan-soalan mesra yang biasa seperti cuaca, keluarga anda dsb. untuk menenangkan anda. fikir berulang kali sebelum menjawap kerana ia boleh digunakan untuk menentang anda semasa dimahkamah nanti. Ingat, kerja polis ialah memastikan mereka mempunyai cukup bukti untuk mendakwa anda, dan bukannya untuk mempunyai perbualan yang mesra.
b. Sekiranya pihak polis meminta anda memberikan kenyataan 113, anda mesti memberikan butir-butiran anda seperti nama anda, nombor kad pengenalan dsb. dan pastikan anda tahu nama pegawai polis tersebut. Jika terdapat lain-lain soalan, kami BETUL-BETUL nasihatkan anda supaya tidak menjawapnya sehingga hari perbicaraan anda dimahkamah, dan ketika bersama-sama dengan peguam anda. Itu adalah hak anda! Apa sahaja yang anda kata, boleh digunakan untuk menentang anda ataupun rakan-rakan anda. Anda boleh menjawap semua soalan-soalan lain tersebut seperti ini:
S: adakah anda berada di Dataran petang tadi?J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamahS: bagaimana anda datang ke Dataran petang tadi?J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamahS: adakah ibu anda menyediakan bekalan sebelum anda keluar?J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
c. Sekiranya pegawai polis yang mengambil kenyataan anda mengancam anda secara percakapan mahupun kelakuan, anda mestilah berhenti dari memberikan kenyataan anda dengan segera. Bertenang dan beritahunya “Saya tidak boleh meneruskan kenyataan saya kerana awak telah mengancam keselamatan saya. Saya mahu ini dicatatkan kedalam kenyataan saya.” Sekiranya pegawai polis itu tidak mencatatkan bantahan anda tersebut, tunggu sehingga ke akhir kenyataan anda. Tetapi sekiranya pegawai polis tersebut masih terus mengancam anda, tinggalkan bilik tersebut dan beritahu pegawai polis yang lain dan minta ‘perlindungan’ mereka.
d. Apabila anda telah habis menjawap soalan, pegawai polis akan membenarkan anda membaca kenyataan anda tersebut. Dia akan bertanya samada anda mempunyai apa-apa yang ingin ditambah, ditukar atau dipadamkan. Inilah masanya anda membetulkan apa-apa kesilapan atau atau menambah lain-lain komen didalam kenyataan itu. Contohnya, jika anda telah diancam sewaktu soal siasat atau diserang semasa penahanan anda dsb. ini adalah satu lagi peluang untuk anda menyatakannya. Pegawai polis berkenaan mesti menaip semua itu. Anda akan diminta untuk menandatangani kenyataan anda tersebut. Baca semula dengan teliti dan tandatangan sedekat yang boleh dibawah perenggan yang terakhir, supaya tiada siapa yang boleh menokoktambahnya lagi.

8. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Direman)

a. Sekiranya anda tidak mempunyai peguam, anda mesti meminta wakil peguam. Pusat Bantuan Guaman ada menempatkan peguam-peguamnya dimahkamah bagi tujuan ini.
b. Beritahu majistret sekiranya anda ada mempunyai apa-apa rungutan seperti sekiranya anda di pukul, diancam; sekiranya anda sakit, perlukan rawatan perubatan dsb.

9. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Dakwaan)

a. Sekali lagi, anda mesti meminta wakil peguam
b. Pastikan anda mempunyai seseorang untuk menjamin anda keluar. Sekiranya anda tidak dapat menghubungi keluarga atau rakan anda, minta kebenaran dari majistret untuk membantu anda menghubungi keluarga anda. Jika tidak, anda boleh meminta bantuan peguam anda. Keluarga anda akan perlu membawa duit untuk menjamin anda keluar, yang mana mestilah dalam bentuk pembukaan akaun di bank yang terletak paling dekat dengan mahkamah tersebut. Tanya peguam anda atau majistret dimanakah letaknya bank tersebut. Tidak ada bentuk bayaran lain seperti bayaran tunai atau cek yang akan diterima oleh mahkamah.

10. SEKIRANYA ANDA DIPUKUL SEMASA DALAM TAHANAN

a. Selepas anda dibebaskan atas jaminan, pastikan anda pergi ke mana-mana klinik kerajaan atau hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Pastikan anda tahu nama doktor yang bertugas dan nombor rujukan laporan kesihatan anda supaya ia boleh digunakan dimahkamah kemudian.
b. Sekiranya anda masih dalam reman, pastikan anda memberitahu majistret yang berkenaan bahawa anda perlu pergi ke hospital atau ke klinik.

----------------------------------------------------------------------------------------

p/s: siapa nak join aku tengok maharaja lawak minggu nie kat jb?????

Sabtu, 11 Jun 2011

::: Akhirnya...^_^ :::

Assalamualaikum & salam hormat...

AKHIRNYA...aku dah ada mood semula untuk teruskan berblogging atas sebab nak mengembangkan lagi info2 yang aku ada kepada semua..walaupun aku x ada tetapkan blog aku nie utk jenis apa...tpi rasanya aku nak letak aras blog aku nie utk sharekan benda2 yang menjadi info dan bukan untuk korang baca semata-mata..^_^

aku pun sebenarnya dah membebaskan diri aku dari kesibukan yang teramat sangat tu buat masa sekarang..^_^...so dah boleh rileks2 sikit..alhamdulilah....

so kepada komentar2 yang tak jelik2 datang menyinggah blog aku nie, aku nak mintak maaf sebab x dapat nak blogwalking kat blog korang..^_^

p/s: kelantan vs terengganu??? my choice is Kelantan..^_^

Khamis, 2 Jun 2011

::: Barisan Pengurusan Kelab Mymanutd 2011/2011 :::

Assalamualaikum & salam Hormat...

rasenya dh cukup lama aku biarkan blog aku nie berhabuk tahap dewa..hihihi..sekali lagi aku nak cerita pasal bola..hahahaa....so sebagai penutup kekalahan Manchester United hari tu..T_T...aku just nak share profil barisan pengurusan kelab Mymanutd yang rasmi....

kesemua yang ada dalam chart nie adalah orang-orang lama except aku..hihihi...terasa kerdil betul diri aku nie bila diberikan tanggungjawab untuk pegang jawatan dan yang terbaru jadi moderator untuk mymanutd facebook


:::klik untuk paparan lebih jelas:::

nampak tak kat mane aku???pandai-pandai lah cari..hihihi

p/s: siapa-siapa yang boleh tolong bagi semangat kat aku untuk kembali berblogging leh lah roger2.ahahha

Isnin, 23 Mei 2011

::: Manchester United 19th EPL League Celebration :::

Assalamualaikum & Salam Hormat...

memandangkan dah lama x update..so kali nie ak nk update Pasal Kemenangan Manchester United Dalam kancah bola sepak liga inggeris yang ke-19

walaupun rasanya ramai yang x nak baca cerita aku nie, tapi ada aku kesah?ahahhahaha.....

so rasanya untuk season kali nie aku rasa meriah sikit sebab aku dah join satu kelab peminat yang Official iaitu Mymanutd...

banyak pengalaman yang menarik yang aku dapat dari mula menyertai kelab peminat nie....lebih-lebih lagi bila dah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan Southern Representative...^_^


19 and counting...top of the perch...^_^

meriahkan?..ahhaha..so x perlu rasanya nak cerita pasal kemenangan nie sebab nanti ada yang marah pulak...hhahaha..ak share je lah pic2 yg menarik k..



Sabtu, 21 Mei 2011

::: Kenapa??? :::

assalamualaikum & salam hormat semua..

kali nie x ad tips,x ad cerita menarik yang aku nak share kat blog aku nie...huhuhu...cuma apa yang aku nak cerita adalah kenapa aku sekarang dah malas nak update blog nie...

- masa x mengizinkan sebab aktiviti harian yang semakin padat,sendat dan mampat...even nak membalas komen pun dah x menyempat...
-walaupun hari-hari online facebook dan blog, tapi idea x datang sebab mood aku untuk final exam...
- tambahan pulak dengan kerja-kerja yang menimbum, masalah kewangan, bapak aku yang sakit, kawan-kawan buat masalah...so terasa macam nak settlekan dulu semua masalah nie...
- entri-entri yang kadang-kadang mengarut dari blogger-blogger lain(maaf cakap yer..hihi) buatkan aku rasa menyampah sebab masing-masing dah menggedik sesama sendiri...huhuh
-dengan masalah internet yang x setel2 lagi pun antara masalah yg utama..ahhaha..

dan macam jawab soalan essay pulak...so pada korang semua aku mintak maaf sebab x dapat nak aktif macam dulu..nak review blog pun dah x sempat, nak join contest, tag dan sebagainya...tq sbb korang semua support aku...thumbs up!!! GGMU!!(tetiba jer..hahaha)

Khamis, 12 Mei 2011

::: Jom Belajar Cakap Jawa :::

Assalamualaikum & salam hormat..

so tengok tajuk mesti korang dah tau jawa tu apa kan??mesti ada antara korang yang pandai cakap jawa..hihi...walaupun aku berketurunan jawa tapi x ada lah hebat sangat nak cakap bahasa jawa...setakat mengutuk orang tu pandai lah..hahahha...jom kita belajar beberapa bahasa jawa yang biasa...

Anggota badan...

muka = raie
hidung = irung
mata = moto
mulut = cangkem
lidah = ilat
gigi = untu
telinga = kuping
leher = gulu
bahu = pundak
perut = weteng
pusat = udel
kaki = sikil
lutut = dengkul

Ngelakoni panganan ombenan: kelakuan makan, minum...

mangan = makan
madang = makan nasi
medang = sarapan
medang sore = minum petang
macit = minum malam
nyicipi = merasa makanan dengan kadar sedikit
mbadok = makan gelojoh/menterkedarah
milmilan = makan makanan ringan macam keropok/kerepek
ngombey = minum
ngeteh = minum teh kat warung
seripit-seripit = minum sopan/air tu panas sangat


pangkat dalam keluarga....

lanang = lelaki
wedok = wanita
pak/romo = bapa
mak/embok = mak
embah lanang/yai = datuk
embah wedok/nyai = nenek
embah buyut = moyang
paman/pak de / lek lanang = pakcik
bibik/embok de/lek wedok = makcik
kakang = abang
embak ayu = kakak
adik/diaji = adik
adik ragil = adik bongsu
adik sapian = adik kedua bongsu
anak keluwong = anak yang kematian abang/kakak diatasnya dan
kematian adik dibawahnya.
anak = anak
cucu = putu
cicit = putu buyut
oneng-oneng = uget-uget
anak saudara = keponakan/ponak'an
anak tiri = anak kuwalon
adik-beradik = tunggal
suami/isteri = bojo
kawan = konco/bator/batir
jiran = tangga/tonggo
jiran bersaudara = tonggo dulor

cukup lah nie dulu...nanti ada masa aku post lagi..hihihi

p/s: final exam menjelma...study x jugak..