Isnin, 31 Januari 2011

::: Elakkan Insomnia :::

Asalamualaikum & salam hormat...


menurut apa yang aku paham, insomnia nie adalah masalah susah nak tidur, selalu berjaga di tengah malam dan tahap ketiduran yang rendah(hahah..perosak bahasa)...

kebanyakannya berlaku ke atas golongan dewasa dan hampir merebak sehingga 50%!!!

masalah insomnia nie menyebabkan seseorang tu tidak dapat memberi perhatian ketika bekerja, belajar dan bersukan...ada juga yang akhirnya mengalami tekanan mental dan akhirnya dimasukkan ke dalam hospital permai.hahahahha..

aku dah buat research dan nie adalah tips yang mungkin dapat membantu korang serba sedikit..

- tido dan bangun pada waktu yang sama...means jangan lambat tido or lambat bangun..^_^

- pastikan keadaan persekitaraan yang sesuai dengan jiwa kita...contoh bilik, lampu, radio, bunyi2, or katil/tilam...

- elakkan dari stress dan kurangkan berfikir sebab kalau otak kita bekerja maka kita akan susah nak tido...

- elakkan minum kopi, caffeine(betul ke eja?) or alkohol (ish3)...kalau nak minum pun seeloknya 3 jam sebelum masuk tido...

- elakkan tido waktu petang...

- bersenam 30 minit sehari atau 4 jam sebelum tido...

- main game PES 2011 (game bola kat pc)..hahahah...dgn dgr lagu ana raffali..^_^
kalau korg x caya tanya Along Tapa..hahahah

so korang as a blogger mesti ada masalah nie kan..macam mane cara korg pulak???

Ahad, 30 Januari 2011

::: Toyol ditemui...!!! :::


Asalamualaikum & salam hujung minggu

musim ujan nie mcm berat je badan nak bergerak..pasal ap??pasal rasa asyik nak tido je..hahahha

tajuk ak kali pasal toyol ditemui..so korg jgn terkejut..sebenarnya ap yg ak nk kongsikan ialah 2 org adik beradik yg ada kat umah ak nie..hahaha..mmg cute..mcm anak toyol...law mak bapak dia tau nie mesti aku kena belasah..hahaha




-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-






hahaha..nie lah dy..dgn pakai bju ijau..kepala botak..mmg dh sebijik..hahaha..yg kiri tu hazi n yg kanan adib...tpi name gelaran dorg yg ak bagi ialah super bold..hahaha

Sabtu, 29 Januari 2011

:::Cuti???:::

Asalamualaikum & salam hormat..

actually utk beberapa hari nie ak terpaksa kurangkan berblogger dri posting hingga ke blogwalking...hihhi..pasal ap, byk comitmment..hahaha..bese r...bakal YB mmg macam nie..hahaha

cuti???untung r korg yang mane cuti..hihi..so gunakanlah cuti yang ada nie dgn sebaik mungkin...jgn buang masa dengan perkara2 yang x elok..^_^

otw blek dari melaka ke jay bee tdi ak telah menyaksikan beberapa aksi kemalangan oleh rakyat malaysia...mungkin dah ditakdirkan nk eksiden..tpi dengan keadaan musim hujan nie hope yang mana nak memandu tu berhati-hati lah yer...

btw mlm nie akan ad dua match bola team favourite ak..
JOHOR FC N MANCHESTER UNITED!!!!

harap2 dua2 pasukan nie memperoleh kemenangan...hihihi

tq semua..selamat bercuti

Khamis, 27 Januari 2011

::: Johor FC :::

Asalamualaikum & salam hormat semua..^_^

nie adalah barisan pemain Johor FC yg x rasmi.hihihi

liga super 2011 akan bermula beberapa hari lagi...korang jangan ingat aku nie sokong Manchester United je...hihihihi...ak still sokong pasukan kebangsaan Malaysia n pasukan Johor FC...Kenapa sokong Johor FC??kenapa x sokong Johor FA???

ada sebabnya, bukan kerana kekuatan pasukan tu...tapi sebabkan pada aku Johor FC lebih banyak berjasa untuk team aku kt kulai nie n dia byk scout player2 kulai...ramai member2 aku yang dapat teruskan karier bermain bola sebab pihak Johor FC yg beri peluang...

jadual perlawanan pasukan Johor FC ::klik sini::

jom kita tengok ramai-ramai...ENJUT LEBAH ENJUT!!!

sumber: johorfc.com

Rabu, 26 Januari 2011

::: Teknik Terapi Pernafasan :::

Asalamualaikum pembuka bicara..cewahh..hahahah

kali nie aku nak kongsi tentang satu terapi pernafasan yang selalu aku buat..hihihi...teknik nie dulu pun member aku yang kasi...memang boleh diterima pakai..hahahah

rasanya semua ada dua lubang hidung kan?? adakah kedua-duanya mempunyai fungsi yang sama???

Sebenarnya fungsinya memang sama sedut n keluar nafas, tapi sebenarnya ada perbezaannya.... sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan ( mengeluarkan sejuk).

so kalau korang sakit kepala, cuba tutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas ikut hidung sebelah kiri n buat kira-kira 3-5minit (jangan lama sangat nanti jadi lain pulak..hahaa), insyallah sakit kepala tu akan sembuh...

selain tu kalau korang penat... tutup lubang hidung sebelah kiri dan bernafas ikut hidung sebelah kanan...;ebih kurang macam yang atas tadi..cuma tukar lubang hidung je..hihi...law korang x hilang penat means korang akan bertambah penat..hahaa

kalau lubang hidung sebelah kiri bernafas lagi cepat korang akan cepat sangat penat..so cuba tutup lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas..insyallah korang akan segar...

kalau korang buat still x ad perubahan meungkin kena guna teknik lain..hihihi

nie ad satu fakta yang aku jumpa :
Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya mudah sejuk...lelaki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga mudah marah.

yeker???hahaha

Selasa, 25 Januari 2011

::: Tandatangan Termahal :::

post kali nie adalah pasal tandatangan manusia yang berharga...tandatangan pun boleh ad nilai kn...ap pun pangkat dan populariti boleh dibeli dgn wang...tapi akhlak, budi dan kebaikan sesorang tu tidak mampu dibeli dgn wang ringgit....


1. Tandatangan William Shakespeare
Hanya ada 6 tandatangan original yang dibuat oleh William Shakespeare dan masing-masing berharga US$ 5 juta.

2. Tandatangan Presiden AS Abraham Lincoln
Surat yang ditanda tangani oleh Presiden AS Abraham Lincoln pada 8 Januari 1863 telah dilelong pada harga US$ 748.000 pada tahun 1991.

3. Tandatangan John Lennon
Pada tahun 2003, salinan terakhir autograph oleh John Lennon sebelum dia dibunuh oleh Mark Chapman yang dijual pada harga US$ 525,000.

4. Tandatangan Jimmy Page
Tandatangan Jimmy Page pada sebuah gitar adalah salah satu tandatangan yang paling berharga pada satu acara lelong dengan tawaran pada harga £49.000.


5. Tandatangan Jimmy Hendrix
Potongan kertas yang ditandatangani oleh Jimmy Hendrix berharga £41,000.
nama yang baik akan dikenang orang...begitu juga kita...kalau kita berbuat baik dgn org, insyallah org akn ingat kita..

tandatangan ak law bg free pun x ad org nak..ahahaha

sumber : mymanutd.com

Isnin, 24 Januari 2011

::: Keterlaluan :::

Asalamualaikum & salam hormat semua..^_^

kali nie ak nk share pasal tindakbalas yang akan berlaku apabila kita terlalu lama melakukan sesuatu perkara...mcm x ada kena mengena dgn tajun entri je kan...hahaha...

::: terlalu lama berdiri :::
boleh merosakkan tulang serta urat sekitar kaki menjadi kembang ataupun bengkak...

::: Terlalu lama duduk :::
merosakkan lipatan daging dan mudah menghidapi penyakit tua...tubuh badan juga boleh menjadi kendur terutama di bahagian depan iaitu 'BOROI'...

::: terlalu lama berjalan :::
merosakkan urat di bahagian kaki dan juga pinggang...so banyakkan berlari je..hahaha

::: terlalu lama melihat sesuatu ::: merosakkan darah dan juga mata...kepada blogger2 beringat sebelum kena..hahaha...yg lama melihat maksiat lagi teruk rasanya..hahaha

::: terlalu banyak tidur :::
badan lesu dan malas...boleh jadi mereng dan orang2 tua cakap...Jauh jodoh!

::: terlalu banyak ketawa :::
merosakkan usus dan kadang-kala terkencing dengan automatik..ahhaha

::: terlalu kerap marah :::
hati cepat rosak dan cepat tua dari umurnya..hahaha

::: terlalu banyak bersedih :::
merosakkan jantung dan paru-paru...dan hidup tak tenang...

::: terlalu kerap terkejut :::
merosakkan pundi hempedu...dan kerap pening kepala...

::: terlalu banyak makan :::
merosakkan pencernaan dalam badan dan mudah letih serta selalu mengantuk...

::: terlalu banyak minum ais :::
merosakkan otot dan badan menjadi lembik a.k.a lutut longgar..hahaha...berat badan meningkat... dan mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda..

::: terlalu banyak masa lapang :::
merosakkan fikiran...kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa dan mental...kecuali diisi dgn aktiviti berfaedah..

::: terlalu lama lepak kat blog :::
nanti lecturer or bos marah pasal assignment or task x siap!!!..hahahahha

Ahad, 23 Januari 2011

::: Punca Otak Rosak :::

asalamualaikum & salam hormat...^_^

kali ni aku nak share berkenaan punca-punca atau penyebab kepada kerosakan otak (leh jadi bengong..ahhaha)

::: tak makan sarapan pagi :::
bila kita x sarapan pagi, paras gula dalam darah akan jadi rendah.....nie menyebabkan kita kurang bekalan nutrition dalam otak...so kita akan kurang aktif...

::: terlebih makan :::
org makan untuk hidup, bukan hidup utk makan..hahaha...sebabnya bila kita terlebih makan akan mengurangkan mental otak kita..^_^

::: Perokok :::
yang nie rasanya x perlu nak explain sebab semua org tahu apa keburukan dia kn...

::: gula yang berlebihan :::
gula yg berlebihan menggangu penyerapan protein n nutrition dan sekaligus membantutkan perkembangan otak...

::: pencemaran udara :::
otak merupakan pengguna oksigen terbesar dlm badan manusia...pencemaran udara menyebabkan bekalan oksigen ke otak berkurangan dan keaktifan otak korg juga berkurangan...

::: terlebih tidur :::
tidur memang bagus untuk merehatkan otak tapi kalau tidur yang terlebih-lebih mengakibatkan sel-sel otak kita mati...adeyhh...

::: menutup muka ketika tidur :::
tidur sambil tutup muka akan mengakibatkan otak terima lebih byk karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak korg...so pasni jgn segan-segan tayang muka korg masa nak tido...

::: memaksa otak bekerja dalam keadaan kita x sihat :::
bekerja dalam keadaan kurang sihat mengurangkan keberkesana otak dan juga merosakkan sel-sel otak...kadang-kadang orang cakap jgn manjakan sgt bdn tu...tpi pernah ke doktor ckp macam tu??x pernah kn...doktor mesti cakap awak perlu rehat secukupnya...

::: kurang berimaginasi :::
orang yg kuat berangan nie atau berimaginasi otaknya akan lebih kuat terangsang...dan dgn berimaginasi otak akan lebih cerfas dan aktif....

::: kurang berfikir :::
banyakkan berfikir utk melancarkan peredaran darah dalam otak...so lu fikirlah sendiri!!!..hahahah

Sabtu, 22 Januari 2011

::: Kisah Orang Pertama :::

assalamualaikum & salam hormat...

hari nie terase bosan lah pulak..hahaha...kali nie ak nk share info berkenaan org2 pertama yg (bace lah sendiri ea)..hhihihi

1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3..Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS.
.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah :
Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafei RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
Harun Ar-Rasyid RH

26.Orang yang pertama mengadakan baitul mal :
Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH

29.Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus'ab bin Umair RA

30. Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhammad SAW

ejaan n info tu law salah tegur lah ea...benda nie dh ad lame dlp pc ak..so ak x tau sumbernya dari mane...^_^

Jumaat, 21 Januari 2011

::: T-shirt Blur Gang Community (sticky post) :::

gambar bawah nie merupakan T-shirt yang akan dikeluarkan oleh Blur Gang...sape yang ikuti perkembangan ak dari awal mesti tau ap Blur Gang nie...

:::collar t-shirt:::

:::roundneck t-shirt:::

sape2 yang berminat boleh lah mula menempah..hahahahahaha...

ad yg tanye harge..ak x aspek lak korg akn tnye.hahaha
collar rm25/roundneck rm18
(x confirm..ikut pasaran semasa..hahaha)

Khamis, 20 Januari 2011

::: Follower ke 200:::

sedar x sedar rupa-rupanya baru ak perasan yg followers ak dh jejak 200..hihihi

kira ok lah walaupun ak bru bergiat aktif dgn dunia blog nie dlm sebulan yg lepas...sebelum nie bodoh2 je..ahhahah

thnx untuk semua yg sudi singgah kat blog ak nie...

bg kredit skit kat follower ke 200 nie...cik eleynz anakah..comel orgnya..hahahahahah
xleyh puji lebih2 nanti ak kena belasah pulak...

btw ptg td pasukan bola sepak SALENG FC (team aku ler tu) , team paling kuat kat Dun KULAI..ahhaha...kuat gaduh sebenarnya, ada friendly dgn sebuah pasukan estet kawasan mana entah...ak pun lupa nama team tu...keputusan seri 2-2..tu pun psl ak dah keluar minit ujung2..law tak mesti kiteorang still leading 2-0 (poyo..hahaha)

mmg penat gila pasal dah lama x men..hahahahha

Rabu, 19 Januari 2011

::: Alat Muzik Kegemaran :::

alat muzik???

ap je alat muzik yg korg minat???
ap je alat muzik yg korg tau main??
ap yg je alat muzik yg korang teringin nak blaja???

hehehe...jom kte share same2...

mula ak nk share alat muzik yg ak tau main...

:::gitar:::
setakat nie x pro mane r...hahaha

:::drum:::
bley lah skit2..hihih

:::Kompang:::
juara kampung nie...hahaha..law ad yg nk amek ak jdi cikgu kompang silakan..hahaha

:::keyboardist:::
beza ngan piano psl nie lg sng..ahhahaha

:::xylophone(x sure ejaan):::
jgn pelik nape ak reti.haaha..

ad lagi yg ak reti...law alat muzik nasyid uw sume ak leh..(bkn nak bangga diri.hihih)


n then alat muzik yg ak teringin nk belajar..

angklong - pasal ak rase alat muzik nie unik..
saksofon n trompet - leh jadi bdk ska..hahahaha

law boleh sume alat muzik ak nk blaja..hahah...pasal ak mmg berminat dgn muzik...

:::Nama Yang Dahsyat:::

post kali nie tidak berniat untuk menghina mana2 pihak...sekadar gurauan semata-mata (takut kne banned lak nnt kan..hahaha)

tgh bosan2 nie jom lyn gambar kt bwh nie...






actually ad lagi tp cukup lah nie..ahhahaha..nanti jdi len lak...

Selasa, 18 Januari 2011

:::Software Yang Perlu Ada:::

asalamualaikum & salam Hormat semua..hihi

kali nie ak nk share software2 yg perlu ad dlm komputer ak...kalau x ad software2 nie ak rase idup ak berada di awangan.hhahah...

:::Microsoft Office:::
-mudahkan ak nk buat kerja2...rasenya bndi nie mmg wajib ad kot..ahhaa...melainkan org yg ske gne open office...

:::Adobe:::
adobe ad byk mcm photoshop, illustrator, reader, shockwave dll..sume nie pada ak law ak x ad mmg leceh gle...sbb byk file yg ak x leh nk bkk nnt..hahaha

:::Antivirus:::
yang nie msti lah kne ad kn...x ad ak x tau nk ckp ap..hahaha

:::Ccleaner:::
yg nie pun rasenya familiar utk korg...utk buang temporary files, cookies n sebagainya..

:::trojan remover:::
hahaha..yg nie wat persiapan awal...

:::web browser:::
ak gne google chrome..kdg2 ie psl byk web x leh bkk gne GC

:::YM:::
nie utk ak borak2 n tgok email msuk..ahhaha

:::Music Player:::
ak gne K-lite codec pack/real player/wmp/vlc...
nie yg x brape penting tp ak mmg install..

:::Winrar/winzip:::
sng nk extract..hihi

- nero
- ares
- metacafe
- stardock
- shutdown manager
- geek
-tune up utilities
- minilyrics
ad lg yg ak mls nk share mcm HACKER2 pnye software..ahahha

nie lah lappy yg berjasa kat ak selama nie..hahha

Isnin, 17 Januari 2011

:::cubaan membuat logo:::


asalamualaikum...nie ak nk share skit hasil cubaan ak utk satu company nie..hahha

ad lah mbr ak tu, abg dia suruh designkan log utk company dia..so inilah hasil utk 20 minit yg ak spend utk design..hahaha


x reti sebenarnya nk design logo...kalau tshirt boleh r...huhuh


:::Dulu Dan Selamanya:::

di kala ak tgh bosan nie jom layan lagu nie..dipetik dari filem gemerlapan..mase ni ak x tau ak dh wujud lum dlm dunia nie..ahahhaha...

btw nantikan versi ak n Blurgang nyanyi lagu nie..ahhaha

nie versi original tpi tajuk dy dlm video uw slh...

:::A to Z - Dulu Dan Selamanya:::


Kepada mu ku curahkan
Kepada mu ku buktikan
Segala yang ku janjikan
Dari dulu dan selamanya

Biar musim pun berganti
Namun aku kan kembali
Kepada mu disisi
Bersama lagi hanya kau ku sayangi

Biar hari berganti dan pergi
Kerana ku tahu kau kasihku

Kali ini ku kembali
Dalam alunan mesra sinar pagi
Ku genggam erat tangan mu
Ku bawa bersama
ke alam Realiti dan fantasi

Ahad, 16 Januari 2011

:::Review Laptop Mengikut Jenama:::

Kali nie ak ad wat beberapa review berkenaan komputer riba @ Laptop @ Lappy..(^_^) mengikut jenama @ brand masing2...

ini adalah pandangan ak je..so x berniat nk menyinggung mana2 pihak..

:::DELL:::

dell adalah syarikat yg dah wujud selama beberapa dekad dan jenama dell nie jugak dikenali sebab harganya yang berpatutan dari pengeluar yg lain dan sesuai serta fleksibel(betul ke ak eja nie) utk student...antara model2 dell adalah Vostro, Adamo, Inspiron dan Latitude...semua model nie ada macam2 sub-model dgn pelbagai ciri2 yg berbeza...

:::HP:::

HP atau Hewlett-Packard dan wujud lebih kurang 60 tahun (rasanya lah..haha) dan tebukti merupakan jenama yang sangat dikagumi oleh pelbagai pihak...HP lebih menjadi pilihan kerana ianya lebih dipercayai, tahan lama dan kalau rosak kos x berapa mahal...model2 HP adalah Pavilion, TouchSmart n Mini...kebanyakan model HP dipercayai baik utk GAMING...

:::COMPAQ:::

compaq merupakan syarikat yg wujud pada tahun 1982 dan merupakan gabungan 2 syarikat iaitu HP dan IBM...kebanyakkan dari kita memang cenderung kepada jenama compaq yg menjadi pilihan...Presario adalah merupakan jenama paling laris utk syarikat compaq...syarikat compaq mempunyai teknologi canggih n byk mendapat pengiktirafan...walaubagaimanapun jenama compaq terkenal dengan ciri "OVERHEAT"

:::TOSHIBA:::

toshiba adalah dari Jepun dan model2 nya ialah Satellite n Qosmio n beberapa lagi yang ak malas nk cari psl x berapa femes..hahaa...toshiba terkenal dgn ciri2 processor yg terbaik mcm INTEL n AMD... kekurangan toshiba adalah maintenance yg mahal mcm pki ferrari..hahaha

:::APPLE:::

Apple yg enak dimakan merupakan gabungan dari IBM n HP...terkenal dengan keluaran iPod,iPad n iPhone...laptop apple mmg produktif dan keluaran mereka semua diminati ramai spt Macbook, iBook, Mini n G4...ianya fleksibel dan keluaran mereka tertumpu pada golongan media n bisnes selain dibawa ke kuliah..hihi...harga yg mahal menjadi kekangan utk golongan2 biasa...

:::IBM n LENOVO:::

IBM n LENOVO adalah dibawah syarikat yg sama...kalau kita beli IBM mesti akan nmpk cop LENOVO begitu juga sebaliknya...jenama nie sinonim dgn guru-guru n pihak kerajaan sebab harga MURAH..hihihi...ciri-ciri inovatif lebih tertumpu kepada mahasiswa dan juga para2 bisnes...jenama nie juga dikenali sebagai PAKAI BUANG...

:::ASUS:::

asus syarikat yg x berapa diiktiraf...ini kerana ciptaan mereka direka semata-mata utk gaming n media...harga jenama Asus nie boleh dikatakan mahal tapi berpatutan dgn ciri2 yg ada...dikatakan golongan yang duit main buang2 tu je sesuai pakai laptop nie...

:::SONY:::

sape yg x kenal sony....sony mmg terkenal dgn brangan eloktronik mereka...VAIO merupakan rekaan terbaik keluaran mereka n telah mendapat beberapa anugerah...VAIO juga merupakan jualan laptop tertinggi setakat nie...walaupun harganya yg mhl tpi tetap menjadi pilihan terutaman sekali golongan WANITA..

:::ACER:::

acer yg paling banyak ak kaji..hihi...ditubuhkan pada tahun 1976..bermula dgn seorang lelaki,isterinya dan lima org rakan...mmg menakjubkan bila jenama Acer menaik dgn cepat...ramai pihak mengakui acer merupakan jenama paling menjadi pilihan terutama di Asia...ASPIRE merupakan jualan tertinggi mereka...dan acer juga berjaya menarik hati ak utk membeli..hihi..termasuk family ak sendiri..hahahaha
so korg guna laptop ap??sebab ap??

Domain, Hosting & KAV Key I Jiwa Network Giveaway

Giveaway ini dianjurkan bro Blur sempena tahun baru 2011 ni yang merupakan pengasas Jiwa Kacau. Hadiah giveaway ni bernilai lebih kurang RM150.00 dan ditaja oleh Jiwa Host. Pemenang dipilih dengan menggunakan Random.org. Semua bergantung kepada nasib..^_^

Giveaway nie akan berlangsung selama satu bulan dan akan tamat pada 31/1/2011...Kesemua peserta wajib follow step-step dibawah nie…

:::Syarat-syarat ialah:::

1. Copy tajuk post nie bulat-bulat
2. Buat satu post dan mention blog Jiwa Kacau dan penaja Jiwa Host
3. Copy banner Giveway nie
4. Linkan banner ke post ini
5. Follow Fan Page Jiwa Network (x wajib)
6. Follow Twitter Jiwa Network (x wajib)
7. Follow Google Friend Connect Jiwa Kacau (x wajib)
8. Tag 5 orang rakan-rakan yang lain dan bagi tahu mereka
9. Tinggalkan link post korang di bawah

:::Hadiah-hadiah:::

1. Domain .com .org .net .biz & .info semalam 1 tahun
2. Hosting package 1GB storage dan 10GB Bandwidth selama setahun
3. Kaspersky Antivirus Key 2011

:::Aku Tag:::


Sabtu, 15 Januari 2011

:::Carta 10 Antivirus Terbaik 2011:::

Korang semua pun tau kan antivirus a.k.a AV nie penting utk komputer dan jugak perisian supaya dapat memberi perlindungan dari virus2...

setiap hari mesti akan ad virus bru yg muncul yang akan membuatkan kte punya komputer 'crashed'..hihihi

so kita mestilah memilih AV yg terbek....

::: 10 :::
CA Antivirus 2011

::: 9 :::
McAfee Antivirus Plus 2011

::: 8 :::
AVG Antivirus 2011

::: 7 :::
ZoneAlarm Antivirus 2011

::: 6 :::
Kaspersky Antivirus 2011

::: 5 :::
TrendMicro Titanium Security

::: 4 :::
ESET NOD32 Antivirus 4

::: 3 :::
F-Secure Antivirus 2011

::: 2 :::
Norton Antivirus 2011

::: 1 :::
BitDefender Antivirus 2011
banyak faktor yang diperlukan dalam menentukan antivirus yg terbaik mcm laju , harga yg berpatutan, stealth (melayu dia ap ek..haha), configuration, senang diupdate, sistem sokongan dan lain2..

tpi pemilihan AV nie jgk kena bergantung pada specs cpu korg...jgn men hentam je takut nnt x support...law cpu uw slow jgn pakse utk pakai yg dahsyat2 punya...hihihi

korang guna AV ap sekarang???

p/s: byk AV yg rakyat malaysia guna tpi x tersenarai dlm rank top 10 kali nie..

Jumaat, 14 Januari 2011

:::Selamat Ulangtahun Sayang:::

post kali nie ak buat khas utk org yg ak sayangi...

If I could say the things I feel, it wouldn't be the same
Some things are not spoken of, some things have no name
Though the words come hard to me, I'll say them just for you
For this is something rare for me this feeling is so new

You see I love the way you love me
I love the way you smile at me
I love the way we live this life we're in

Long ago I heard the song that lovers sing to me
And through the days with each new phrase I hummed that melody
And all along I loved the song but I never learned it through
But since the day you came along, I've saved it just for you

I don't believe in magic but I do believe in you
And when you say you believe in me
there's so much magic I can do

Now you see me now you don't watch me dive below
Deep down in your love lake where the sweet fish come and go
And I might sink and I might drown but death don't mean a thing
'Cause life continues right or wrong when I play this birthday song
I learned from you, and you can't even sing

hari nie 14/1 merupakan hari lahir seorang insan bernama NUR SYAZWANI...

sape dy nie..hihi...dy org yg selama ni duduk dlm ati ak n x reti2 nk kuar...hahaha

btw I LOVE U SO MUCH

:::e-wani:::


dh 19 upenya..dh tua dh nie...hihihi

Rabu, 12 Januari 2011

:::Headphone On Ear Lipat Terbaru:::



sumber dari : berita teknologi

ak tiba-tiba tertarik giler ngan gadget bru nie..nak kata bru x bru jgk r psl dy keluar dlm bulan 27/12/10( tahun lepas)....

Headphone On Ear Lipat terbaru dari Fanny Wang KUEREN

tgok mcm besar semacam kan..tpi actually headphone bru nie mmg berguna utk yg x ske bnd besar2 utk disumbat dlm beg..hihihi..sbb ianya boleh dilipat mcm cemin mata RayBan..hahaha

bagi penggemar-penggemar mp3 bleh r lepas nie cari headphone nie pasal ianya boleh dilipat n pada ak sng nk bawa ke mana-mana...tp ak rase dy pnye engsel(yeker??) mesti cpt longgar kan..hihihihih...papepun nice gadget...

Selasa, 11 Januari 2011

:::Khasiat Daun Lemuni:::




apa khabar semua..hihih

Daun Lemuni..korg pernah dgr x...rasanya familiar daun lemuni nie..tpi ak juz saje nk share ap yg bagus sgt daun lemuni nie...

tadi sambil2 on9 tgok2 cte Hani kt TV3..so dy ad ckp pasal migrain lah,barah otak lah kn...actually daun lemuni nie jgk adalah salah satu ubat tradisional yg boleh digunakan utk menghilangkan sakit kepala...

daunnya senang sebenarnya nak dpt...dalam satu tangkai tu dy mcm ad rupa 3 daun..

cara nak guna dy ad mcm cara...boleh minum air rebus dy atau juz letak kt kepala pun leh gak..hahahaha...

daun nie jgk ad byk kegunaan sebenarnya...utk org bersalin, luka, cirit birit dan ad org ckp utk sakit payudara pun bley..hihi...

so law rase2 nk cbe g r cri kt mane2 yg ad daun lemuni nie...gud luck...hihih


Isnin, 10 Januari 2011

:::Biar Kurang Pandai, Jangan Kurang Ajar:::

asalamualaikum & salam hormat semua...^_^

korg setiap kali masuk blog ak mesti ad perasan header ak ad tulis ap kn (kalau lah korg perasan kan..haha)

"BIAR KURANG PANDAI, JANGAN KURANG AJAR"

nmpk mcm menarik kn..hahaha..actually ayat nie 1st time ak dgr dri mulut ckgu ak mse ak umor brape ek( x bpe igt)..so dy pesan kt kte org anak2 murid kesayangan dy terutama sekali ak ^_^, dlm hidup nie biar lah kte nie bodoh erti kata lain kurang pandai asalkan kte hormat or x kurang ajar dgn org...

orang2 dlu2 ad ckp adab n etika itu lah yg menjadi bahan utk menilai sama ad kte nie org yg berbudi ataupun tidak..ak pegang kate2 nie smpi skrg...biar lah kte nie blajar x tinggi, x dpt straight 21A, x dpt nek ke bulan, x dpt beli umah sebesar istana, x mampu pakai kereta sebesar kereta tank..asalkan kte x kurang ajar dgr org len...

tpi malangnya ak tgok bdk2 zaman skrg dh ilang bnd2 nie...bkn nye diaorang nie bodoh2, padahal pandai2..tp golongan nie lah yg paling kuat menentang sebab diorang rase dorg hebat, gah, padahal bodoh sombong...ap slhnya bila kte dh ad ilmu yg lebey dari org len kte cbe bertolak ansur, merendah diri, jaga tatasusila supaya org nmpk ketokohan dlm diri kte..

mmg lah dunia skrg org pndg yg pandai2, yg hebat2...yg bodoh n yg lemah korg pijak2, korg hina2..walhal mereka yg dihina nie lah yg lebih mulia dri org yg menghina...

wah...x sngke ak dh boleh berkata sedemikian rupa..hahahahah

ap pun ak nk ucap terima kasih kat Cikgu Husliza bte husin sbb kate2 dy nie lah buat ak terpikir sejenak...hahaha...better stupid than rude..hihi...ak lagi rela mengaku bodoh dri jadi org yg bodoh kerana kelakuan bodoh mereka sendiri...

wassalam...

:::Ana Raffali Muncul Juara AJL ke 25 + Manchester United mengalahkan Liverpool:::

Assalamualaikum & salam hormat...

kali nie ak nk buat 2 entri gak dlm satu post..hahahaah..x kira..ak nk jgk..

:::Entri Pertama:::

Setelah berbulan-bulan ak dgr lagu ana raffali..hahaha...Akhirnya dia berjaya menjadi juara AJL ke-25...walaupun mndpt tentangan hebat dri finalis yg len dan juga penyokong-penyokong..ap pun ak ttp support my sweetheart...ahahhahahah

law korg nk tau ak ngan Along Tapa pernah mengalami mimpi ngeri..hahaha..lappy ak men lagu ana raffali-tolong ingatkan aku 3 kali berturut walaupun kte org dh shuffle kn list lagu yg ad..ahhahha..ajaib kn...


:::Entri Kedua:::

nie yg paling ak puas ati apabila Manchester United berjaya mengalahkan serta memberi pengajaran kepada Liverpool...walaupun coach bru tpi msih tak mampu mengubah nasib pasukan Liverpool

p/s: org ckp penalty uw x ptut dpt tp tu r adat dlm bola...sabar ye yg len..ihiihih


Sabtu, 8 Januari 2011

:::Anugerah Juara Lagu ke 25 + FA Cup Manchester United vs Liverpool:::

Asalamualaikum & salam kepada semua..hihiihh

ak x tau nk update ap sbnrnye nie..so nie je r modal yg ak ad.ahakz..tpi kali ak update entry 2 sekali.hahaha

:::Yang pertama:::

AJL ke-25 seperti yang diwar-warkan akan diadaan pada 9/1/2011 pada jam 9 p.m (ye kot..hihi) bertempat di Stadium Bukit Jalil n disiarkan di TV3 n stesen2 yg sewaktu dengannya..tp nie korang sume dh tau kn..tp ak cuma nk tanya korg sape yg korg rase akan menang...kalau korg tnya ak mmg ak x kn pilih org lain selain ANA RAFFALI ku itu.hahah..my sweetheart..ahhahah

::: so nie antara Finalist AJL ke 25 :::

1) Yuna - Cinta Sempurna (sempurna kah?ihih)

2) Tomok - Berlari (nie lari2 x pnat ker??)

3) A.P.I- Pelita (dh macam raya lak pelita2)

4) Shahir - Kebahagiaan Dalam Perpisahan (berpisah pun bahagia)

5) Meet Uncle Hussien & Black- Drama King ( queen nye x ad ker..hihiih)

6) Hafiz - Noktah Cinta (elok r tu..)

7)Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku (u nk i igtkn ap u..hahaha..dy pndg ak smpi x perasan ad org snap pic dy..ahhaa)

8)Faizal Tahir - Selamat Malam (tido sat naaa)

9) Adira - Ku ada Kamu ( tq dear..hahaha)

10) Bunkface- Extravaganza ( nie feberet band den..hihih)

11) Black - Sofea Jane (org ckp sore ak mcm dy..hahah)

12)Faizal Tahir - Hanyut (tamak sampai dua..hihihi)


13) Stacy - Jahat (bad3)

14)Hujan - Mencari Konklusi (bila nk jmpe tu...hihih)



:::yang kedua:::

pada waktu yang sama jugak berlainan siaran je berlangsung pulak saingan piala FA cup antara Manchester United vs Liverpool..aduhai.berbelah bahagi ak..tp ap pun ak yakin Man Utd akan mng..hihihihihi...

hope dpt lah teruskan bersaing untuk dapatkan cup nie...

taring sape yg lebih berbisa????
ap tgok2..hahaha..(dh tua pun nk gduh ngan dak kecik.ish3.)

satu malam dua pertandingan hebat..ahhahah..berbelah bgi nak fokus kt mane satu..hahaha...

p/s: sory law byk sgt pic menyebabkan lappy or pc korg slowdown..hihihi